Alhamdulillah... awal bulan Januari 2025 Mia dah hantar tempahan baju raya untuk tahun ini. Seperti biasa memang sedondon dengan Sofea. Dua pasang warna hijau dan biru. Beli di Pasar Payang semasa Mia dan Sofea bercuti ke Terengganu raya Deepavali yang lepas.
Cantik dan lembut kainnya. Yang warna hijau nak buat baju kebaya labuh. Yang warna biru nak buat kurung moden. Bila dah siap nanti bajunya baru beli tudung yang matching warnanya.
** tak lama dah nak ramadhan....
2 Comments
Cantik kainnya. Kalau dah siap nanti lagi cantik.
ReplyDeleteMemang kena tempah awal baju raya ni
ReplyDelete