Kasut Sekolah Pallas Jazz Berkualiti Dan Selesa

Musim persekolahan tahun 2024/2025 akan bermula tidak lama lagi. Sekarang ini pun para ibu bapa sudah ada perancangan awal untuk persiapan anak-anak sekolah. Begitu juga dengan perancangan kos perbelanjaan supaya bajet mencukupi. Selalunya para ibu bapa sudah ketepikan duit keperluan naik sekolah siap-siap. Di kala ini perlu bijak berbelanja supaya tiada pembaziran.


Memang tidak boleh disangkal lagi. Pemilihan kasut sekolah sangat bagi keselesaan kaki anak di sepanjang hari persekolahan. Ada yang mahal. Ada yang murah. Ada yang berkualiti dan ada yang biasa bergantung kepada kehendak dan bajet para ibu bapa. Mana yang mampu. Yang penting, keperluan kasut sekolah wajib disediakan untuk anak-anak.

Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Bagi Mia, Mia lebih pentingkan kualiti kasut sekolah dan keselesaan kaki Sofea ketika memakainya. Bak kata orang, alah membeli menang memakai. Kasut sekolah Pallas Jazz menjadi pilihan Mia sejak dulu lagi. Diyakini dan dipercayai bertahun-tahun lamanya. Boleh tahan lama penggunaannya. Jika cermat memakainya boleh bertahan sehingga 2 tahun. Sofea guna 2 pasang kasut sekolah Pallas Jazz. Guna tukar-tukar. Buat spare. Kalau basuh kasut musim hujan takut lambat kering. Jadi, tidaklah kelam-kabut nak keringkan kasut sekolah dalam satu malam untuk dipakai pada keesokan harinya.


Dua sebab utama di bawah ini adalah ciri-ciri kasut sekolah Pallas jenis bertali yang begitu menambat hati Mia. Mia lebih yakin untuk keselesaan Sofea ketika belajar dan melakukan aktiviti di sekolah.


Rubber insole - Better rebound more comfort!
Shock absorption system reducing high-impact shock and gives better protection from the impact of walking on your joints.


Arch Support - Relieves Strain On Foot Muscle
Correction insole are molded to provide support to the natural arch of the feet. It also provides optimum comfort for flat feet, weak or fallen longitudinal arches. It also relieves strain on the foot muscles while walking and prolonged standing.



Dengan adanya ciri Rubber Insole, ia memberikan keselesaan kaki yang maksima dengan daya kekenyalan yang berfungsi untuk menyerap impak hentakan kasut di samping melindungi sendi kaki ketika anak menjalankan aktiviti di sekolah seperti berjalan, berlari, melompat atau berdiri.



Ciri Arch Support pula berperanan memberikan sokongan di bahagian lengkung tengah tapak kaki bagi mengurangkan rasa sakit dan tegang pada otot kaki semasa berjalan atau berdiri. Sekaligus kaki anak tidak akan mudah letih bila memakai kasut sekolah ini sepanjang hari.

Dua ciri utama inilah yang menjadikan kasut sekolah Pallas selesa dipakai. Rekabentuknya yang sedemikian membantu mengurangkan rasa sakit kaki apabila kaki berada lama di dalam kasut. Jari-jari kaki bebas digerakkan dan tidak sempit jika pakai saiz yang betul. Walaupun sepanjang hari memakai kasut ini dengan stokin, kaki tidak akan rasa rimas dan tidak berbau. Lagipun kasut ini ringan dan memudahkan pergerakan anak-anak.

Dengan penjelasan lanjut di atas, ternyata kasut sekolah Pallas Jaz terbukti berkualiti dan selesa untuk keperluan sekolah anak-anak. Bila dah cuba pasti nak pakai lagi untuk tahun persekolahan seterusnya. Lagi mudah boleh belinya secara online tanpa perlu berhadapan masalah kasut tiada saiz kaki anak di kedai-kedai kasut. Boleh cuba beli di Wow2Wee di link https://www.wow2wee.com . Pelbagai pilihan rekabentuk kasut dengan saiz berbeza mampu menepai citarasa kehendak pelanggan. 



Oh ya. Pallas ada buat contest "Jom Beli & Menang". Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Alang-alang dah beli kasut sekolah Pallas, jemputlah join contest ini. Manalah tahu ada rezeki. Klik di SINI untuk menyertai contest ini. Good luck ya...


** recommended dari Mia... 


Post a Comment

3 Comments

  1. sedap pakai pallas nie...dulu2 susah nak cari yang tak bertali dan kecik..skng saiz si kakak darjah 2 pun dah ada,,,strap..

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Nice..Kasut legent zaman kita sekolah menengah dulu nih...
    Feel free to join my segmen ya
    https://thisni3zahata.blogspot.com/2024/02/segmen-mencari-bloglist-baru.html

    ReplyDelete
  3. Setuju kak. Kalo untuk sepatu anak, atau sepatu kita sendiri, saya pun mementingkan kualitas dan keselesaan pemakai nya. Apalagi sepatu sekolah. Wajib nyaman Karena akan dipakai lama kan.

    Sayang sepatu Pallas ini tak masuk Indonesia . Pengen juga nak rasa

    ReplyDelete