Wah.. jarang sekali nak masak bubur kacang durian ini. Hari ini masih cuti lagi sempena perayaan Deepavali barulah ada masa nak masak di dapur. Bahan-bahannya ada. Durian datangnya dari kebun adik ipar Mia di Yong Peng. Baru balik ke Johor Bahru terus mengopek 2 biji durian di dapur.
Resepi yang ringkas. Cara nak masaknya pun mudah dan senang.
- Mula-mula masak air di dalam periuk sehingga mendidih.
- Selepas itu masukkan 400 gram kacang hijau dan rebus sehingga empuk.
- Masukkan 4 helai daun pandan untuk aroma wangi.
- Masukkan 1 ketul gula melaka. Kacau sehingga gula melaka larut sepenuhnya.
- Masukkan durian yang telah dikopek.
- Akhir sekali masukkan santan pekat atau susu cair.
- Kacau sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.
Boleh dimakan begitu saja panas-panas atau pun dimakan dengan roti putih. Sekarang musim hujan, dapat makan bubur kacang durian memang betul-betul menepati citarasa tekak.
** selera kampung....
3 Comments
semalam baru saja makan bubur kacang hijau durian musang king...tapi sayang terlalu manis sehingga tak habis...last2 bagi kucing makan
ReplyDeleteBoleh buat sekerim malaysia ni
ReplyDeleteYa Allah, sedapnya iniiiii 😍😍😍😍👍. Dulu mama suka bikin bubur kacang hijau pakai durian juga. Jadi teringin kan. Tp lagi tak musim durian kak. Saya ganti pakai nangka saja, biar tetep wangi 😄
ReplyDelete