Review Hotel IDEAS Kuala Lumpur

Semasa menghadiri Kursus Microsoft Office Excel Advance, Mia menginap 3 hari 2 malam di Hotel IDEAS Kuala Lumpur. Lokasinya berhadapan dengan Kompleks Menara Mara dan berdekatan dengan Pertama Complex dan SOGO shopping centre.

Dulu hotel ini dikenali dengan nama Quality Hotel City Centre. Mia banyak kali juga bila outstation meeting di Putrajaya menginap di sini dulu. Tapi sejak sudah upgrade kepada yang baru dan bertukar nama ke Hotel IDEAS Kuala Lumpur, baru ini kali pertama Mia datang. Teruja betul banyak sangat perubahan yang telah dibuat, cantik sangat... seolah-olah hotel baru. Selesa dan nampak exclusive di dalamnya.

Perkongsian gambar dan review dari Mia....


Nak masuk pun dah nampak kelainan dari yang lama. Tak sabar nak pergi check-in dan tengok dalamnya. Jom....



Wajah baru yang lebih menyerlah dan cantik dekorasinya. Rekabentuk dalamannya yang sangat menarik. Tak sama macam yang dulu.


Bilik Mia bernombor 0607. Buka pintu saja. Wow! Cantik. Katil King siap ada tiang lagi. Boleh dijadikan bilik honeymoon untuk pasangan yang baru berkahwin. Penataan cahaya juga memainkan peranan. Nampak bilik ini warm and comfort sangat. Perabot dan kelengkapan semuanya baru.



Bilik air pun serba serbi baru. Puas hati nak mandi dengan selesanya. Selalunya Mia akan bawa peralatan mandian Mia sendiri.


Ini bilik rakan sekerja yang lain. Twin sharing room. Pun selesa juga. Tak nampak sempit. Sempat pula Mia bertandang ke bilik orang. Saja nak tengok bilik orang lain macam mana.

Ruang menunggu lif. Dekorasi yang simple dan elegan. Sambil tunggu lif, bolehlah betulkan tudung sekejap di mirror-mirror on the wall itu.


Ini ruang koridor nak masuk ke bilik dari ruang menunggu lif. Terang dan tak rasa sunyi apabila balik kelas malam.

Dan yang terakhir sekali, tiba bab makan di Citarasa Restaurant terletak sebelah lobi. Terkenal dengan menu makanannya yang sedap dan pelbagai. Kami makan tengahari dan makan malam di sini. Semasa makan tengahari, ramai orang luar yang dine-in sini untuk lunch. Meriah..





Antara menu yang Mia makan. Sedap dan berkhasiat. Kalau nakkan keselesaan berkursus di hotel dan nak makan yang sedap, boleh cuba di hotel ini. Alhamdulillah... lega Mia. Semua peserta kursus selesa di sini.

** pentingnya keselesaan...

Post a Comment

3 Comments

  1. wah...cantik biliknya...tempat pon strategik...boleh bawak anak2 staycation lah...lama x buat kerja mcm tu...hihihi

    ReplyDelete
  2. Aisssh memang cantiiuk. Dan saya suka warna kamar, ada padanan emerald green ❤️❤️❤️❤️. Kesannya cozy sangat.

    Saya cukup sering ke KL, bolehlah nanti kalo ke sana lagi coba stay di sini

    ReplyDelete