Review Hotel Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur

Semasa menghadiri Bengkel Pelan Strategik Pendigitalan LPNM - Sesi 2 Analisis Jurang ICT di SINI, Mia menginap di Hotel Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur. Penginapan selama dua hari satu malam. Checkin pada 4 Oktober 2023 dan checkout pada 5 Oktober 2023.



Gambar dari luar hotel dan perkarangan lobi hotel. Besar dan luas.


Mia menginap di bilik nombor 2214. Terasa tinggi sangat di tingkat 22 hotel ini. 




Luas dan besar biliknya. Menginap seorang di sini terasa lapang sangat bilik ini. Bilik airnya pun selesa. Tidak rasa sempit.


Yang penting bagi kaum wanita, seterika yang disediakan jenis stim jadinya cepat licin dan tidak mengambil masa yang lama untuk menggosok baju, seluar, kain atau tudung.


Pemandangan dari tingkap bilik Mia. Saujana mata memandang. Rasa sayup je hati ini bila pandang ke bawah. Ada rasa gayat sedikit.


Uniknya selepas keluar dari lif nak berjalan ke kawasan bilik, ada disediakan penapis air Coway. Mudah nak ambil air sejuk dan panas dari penapis air Coway ini dengan jag air (ada dalam bilik).

Ruang kafetaria hotel ini besar dan ada pebagai jenis menu makanan yang sedap-sedap belaka. Mia cuma ambil makanan mana yang berkenan saja, kalau nak makan semua memang tak larat perut ini. 







Hotel ini ada menyediakan fasiliti untuk self-checkout iaitu kita check out sendiri dengan scan qr code, menggunakan Furama International mobile app atau guna self-checkout kiosk di lobi. Betul-betul dapat jimatkan masa dan tidak perlu beratur untuk checkout di kaunter lobi hotel.


Best hotel bertaraf 4 bintang ini. Internet wi-fi pun laju. Rasa seronok dapat menginap di sini dengan selesanya. Ramai pelancong asing datang sini. Nampak meriah.


**  staf dia mesra sangat... 


Post a Comment

2 Comments