Hmmm... sesekali me time di Mcdonald's dengan McCafé® Iced Latte. Sambil menghadap blog ini... sambil bermonolog apa-apa yang patut di minda ini.
Dari awal tahun sehingga bulan Oktober 2023, banyak perkara yang Mia telah lalui especially komitmen kerja. Sebab itu, bila tengok di Blog Archive side bar blog ini, sedikit betul entri blog dalam sebulan. Mia mungkin akan kongsikan serba sedikit tentang kerja Mia selepas ini. Memang sibuk masa itu, tidak terkejar nak update blog ditambah pula dengan sindrom moody sehingga hampir nak tutup blog ini. Mujur ada beberapa rakan berikan nasihatkan dan pujuk Mia untuk teruskan berblog. Mia cepat sedar sendiri. Sayang kat blog ini tidak terhingga hendaknya.
Perancangan untuk blog ini, dalam masa terdekat Mia nak buat segmen bloglist untuk kemaskini senarai url rakan blogger yang aktif. Harapnya ada lah yang sudi join.
Mia juga sekarang ini, dah mula blogwalking ke blog rakan-rakan. Balas kunjungan dan tengok perkembangan mereka terkini. Ada juga rakan blogger yang sudah berhenti berblog dan ada juga blog yang telah bersarang. Yang masih aktif sekarang, seronok pula baca entri-entri blog mereka.
Akhir kata. Tentu nampak.. Mia sedang mengembalikan momentum berblog supaya lebih konsisten. Kuatkan semangat. Chaiyukkkk...
** berblog seadanya....
3 Comments
Selamat kembali. LM pun baru nak ber bw kembali
ReplyDeleteSayapun masih baru di dunia blog, akhir bulan ini saja baru berusia 1 tahun, semoga sayapun tetap konsisten harapannya.
ReplyDeletePenah rasa yg sama. 1 tahun stop, ni baru start semua. Dan cari bloglist baru..
ReplyDelete