Manjakan Diri Di Spa Kasorrga Beauty & Wellness Setia Tropika Johor Bahru

Dah namanya perempuan. Hari-hari kerja, badan pun perlu dijaga. Makanya, selain Mia pergi ke spa di Bandar Baru UDA, Mia juga ada pergi ke spa Kasorrga Beauty & Wellness di Setia Tropika. Kat sini murah sedikit jika dibandingkan dengan spa di Bandar Baru UDA.

Memandangkan Sofea pun dah besar dan perlu juga ke spa. Jadinya dah jadi rutin penjagaan 2 bulan sekali buat rawatan rendaman kaki, sauna, mandi bunga dan facial. Bertiga dengan Adik Mia kalau datang sini.

Ada sesetengah spa, mandian bunganya bukan menggunakan bath tub. Mia rasa tak best tak boleh nak rendam lama-lama. Serius.. Mia rasa selesa guna bath tub, rasa tenang dan segar dengan aura 7 jenis bunga.

Jom tengok gambar....

Naik tangga setingkat ke atas.

Sampai-sampai saja akan rendam kaki dulu dengan air garam.


Sauna dengan ini. Rasa panas dan banyak keluar peluh.

Paling suka mandian bunga di sini. Kalau rasa stres dengan kerja, rasa tidak tenteram... terus mandi ini dan akan rasa segar dan tenang. Memberikan aura yang sangat positif.


Facial muka ikut jenis rawatan yang dipilih. Mia pilih untuk rawatan jerawat.

Sebenarnya penting aktiviti spa seperti ini supaya badan dan muka sentiasa maintan dijaga. Yang penting sihat dan tidak stres. Duit yag keluar pun bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri dan family. Kena pandai cari yang harganya berpatutan supaya berbaloi dengan perkhidmatannya.


** share kat blog.... Mia memang agak rajin pergi spa...



Post a Comment

1 Comments

  1. Ye betul2...
    nieyl pun suka pergi SPA..
    me time, cuma x berkesempatan lagi skrg ni nak ke SPA..sibuk

    ReplyDelete