Makan Malam Di Restoren Para Thai Pavilion Kuala Lumpur

Mia outstation ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Bengkel Pelan Strategik Pendigitalan LPNM - Sesi 2 Analisis Jurang ICT di SINI. Pada sebelah malamnya (4 Oktober 2023), kami keluar makan malam di Restoran Para Thai. Lokasinya di Pavilion Shopping Centre Kuala Lumpur berdekatan dengan Hotel Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Terbuka juga minda ini apabila keluar makan malam di luar. Dapat lihat kehidupan orang-orang KL pada waktu malam. Sesak betul trafik kenderaan di jalan-jalan sekitar sini.

Apa-apa pun jemput makan malam ya..



Restoren Para Thai berkonsepkan Authentic Thai Cuisine mensajikan menu makanan ala Thai. Bukan setakat kami sahaja, ramai betul orang lain makan di sini. 


Makanan dan minuman yang kami pesan - Steam Seabass, Grill Squid BBQ, Omelette with MInced Chicken and Prawn, TomYum Seafood, Papaya Salad, Thai Ice Tea, Iced Sago Melon, Apple Juice, Orange Juice, Iced Distilled, Hot Lemon Tea and That Fragrance Rice.





Meriah, kan menunya? Nampak macam sedikit tetapi bila dimakan cepat penuh perutnya. Mia makan nasi pun.. tidak habis. Lauk saja pun dah kenyang. Semua lauknya sedap dan menyelerakan. Puas makan kami semua.

Mia minum air hot lemon tea. Bila waiter hantar saja, Mia cepat-cepat keluarkan uncang tehnya. Tidak mahu teh ini jadi pekat sangat. Nanti kurang sedap bila diminum.

Tengok tu. Makan pun tak pandang kiri dan kanan. Khusyuk dan asyik betul menjamu selera. Dapat rasa macam-macam lauk dimakan panas-panas bersama nasi, memang terbaiklah.


Selepas makan malam, kami pulang ke Hotel Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur. Happening betul di kawasan luar Pavilion ini, sakan sangat walaupun pada weekdays. Malam dah macam siang...

** dinner mates of the day...

Post a Comment

4 Comments

  1. Pavillion memang happening, kan. Makanannya semua nampak sedappp sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak seri... sesak dengan ramai orang.... dan makan kat situ sedap betul..

      Delete
  2. hot lemon tea tu bila teh dia pekat rasa pahit pulak nanti. mahal tak makan malam kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... sama selera tekak kita. boleh tahan juga harganya.

      Delete