Kursus Microsoft Office Excel Advance

Pada 9 hingga 11 Oktober 2023, Unit ICT dengan kerjasama Syarikat Rocketweb Sdn Bhd menganjurkan Kursus Microsoft Office Excel Advance untuk staf LPNM yang merupakan AJK Laman Web. Mereka dilantik sebagai wakil dari setiap Bahagian/Unit yang bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat Bahagian/Unit masing-masing di dalam laman web. Ada beberapa orang AJK yang maklumkan last minute tidak dapat hadir, jadinya digantikan dengan staf lain yang berminat. Lokasi kursus di Hotel IDEAS Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali dengan nama Quality Hotel City Centre.

Kelas pada hari pertama bermula pada jam 3.30 petang. Sebelum itu kami ada singgah makan tengahari di Kedai Makan Wangi Salai berdekatan Exit Pedas Linggi Negeri Sembilan semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Trainer yang dipilih betul-betul berpengalaman dan bertauliah dalam Microsoft Office training ialah En. Nazarudin Aziz. Penerangan yang diberikan sangat jelas beserta contoh dan latihan untuk semua peserta kursus. Kena fokus bila belajar Excel lebih-lebih lagi level advance, dan ikut apa yang trainer buat. Kalau tertinggal, kena patah balik semula.

Silibus Kursus Microsoft Office Excel Advance yang dipelajari untuk 3 hari 2 malam merangkumi :

  1. Logical Function (IF, AND, OR, Nested, Sumif, Sumifs, Countif, Countifs)
  2. Outline ( Rows, Columns, Subtotal)
  3. PivotTable and PivotChart reports
    • What is a PivotTable report?
    • Ways to work with a PivotTable report
    • What is a PivotChart report?
    • Comparing a PivotTable report and a PivotChart report
  4. What are sparklines?
    • Why use sparklines?
    • Create a sparkline
    • Customize sparklines
    • Show or hide data markers
    • Show and customize axis settings
  5. Conditional Formatting
    • The benefits of conditional formatting
    • Conditional formatting across worksheets
    • Format all cells by using a two-color scale
    • Format all cells by using a three-color scale
    • Format all cells by using data bars
    • Format all cells by using an icon set
    • Format only cells that contain text, number, or date or time values
    • Format only top or bottom ranked values
    • Format only values that are above or below average
    • Format only unique or duplicate values
    • Use a formula to determine which cells to format
    • Find cells that have conditional formats
    • Clear conditional formats
  6. Data Validation
    • Overview of data validation
    • When is data validation useful?
    • Data validation messages
    • Tips for working with data validation
    • How to handle a data validation alert
    • Add data validation to a cell or range
    • Restrict data entry to a decimal number within limits
    • Restrict data entry to a date within a time frame
    • Restrict data entry to a time within a time frame
    • Restrict data entry to text of a specified length
    • Calculate what is allowed based on the content of another cell
    • How to specify a response to invalid data
    • Remove data validation
  7. Auditing Worksheets
    • Trace cells that provide data to a formula (precedents)
    • Trace formulas that reference a particular cell (dependents)
    • See all the relationships on a worksheet
  8. Watch a formula and its result by using the Watch Window
    • Remove cells from the Watch Window
    • Work with Links in Excel
    • Create a Link To a New File
    • Create a Link To an Existing File or Webpage
  9. Protect your Excel
    • Protect your Excel worksheet
    • Protect worksheet elements
    • Protect workbook elements
    • Protect elements in a shared workbook
    • Remove protection from a worksheet
Ini pun Mia rasa macam tak cukup masa apabila belajar secara detail. Belum lagi soal jawab dan latih tubi yang diberikan. Jom tengok gambar-gambar semasa kursus ini.






Belajar seharian sehingga ke malam. Agak meletihkan namun semangat yang kuat terserlah dari riak muka masing-masing untuk betul-betul master dalam Microsoft Office Excel ini. Boleh dipraktikkan ketika menyiapkan kerja yang melibatkan worksheet dan data di pejabat. Lebih cepat dan sistematik untuk siapkannya nanti.

Minum petang dan minum pagi sebagai refreshment para peserta kursus. Sedap dan menyelerakan. Makan saja. 



Malam pun belajar juga. Happy saja tengok semua peserta kursus. Kelas malam selesai sehingga 10.00 malam.


Hari kedua pula ada aktiviti Roda Impian, lucky draw untuk 5 orang peserta kursus yang terpilih. Menerima voucher dari pihak Rocketweb Sdn Bhd. Zul siapkan untuk lucky draw ini guna ala-ala style wheel of fortune. Nampak jelas semua nama peserta kursus.




Tahniah diucapkan kepada semua yang menang Gift Voucher AEON bernilai RM50. Boleh shopping dengan family selepas ini.


Ceria betul yang dah dapat gift voucher. Syukur sangat Mia semua peserta kursus berikan kerjasama yang baik semasa kursus dijalankan.

Kelas pada hari ketiga sehingga pukul 12.00 tengahari sahaja. Selepas itu kena checkout cepat-cepat dan lunch di hotel sebelum pulang ke Johor Bahru.


Last but not least, ambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan. Terima kasih diucapkan kepada Rocketweb Sdn Bhd dan En Naza dalam menjayakan Kursus Microsoft Office Excel Advance ini.



Selesai sudah 2 kursus yang dianjurkan oleh Unit ICT pada tahun ini. Yang pertama di Pahang dan yang kedua di Kuala Lumpur.


** cherish every moment...

Post a Comment

5 Comments

  1. best nyaaa dapat join kursus mcm ni. sy mmg suka esp kalau kursus yg melibatkan hal2 berkaitan software ni. tambah pula excel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... ramai ajk yang nak belajar excel advance ini... berbaloi belajar dari trainer ni...

      Delete
  2. Menakutkan bila tengok silibus untuk Excel Advance ni. Satu pun tak pandai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan mia.. mula-mula ngeri tengok silibus dia. bila belajar rasa menarik dan seronok bermain data dan worksheet dalam excel ini...

      Delete
  3. waduhhhh silibus nya hanya yg tau je tau hehehehe.. seronoknya session makan & roda nama tu hehehe

    ReplyDelete