Kudapan Buah Jambu Batu

Hmm... alhamdulillah hari ini dapat makan kudapan buah jambu batu di pejabat Mia. Sabtu lepas beli di gerai buah-buahan di tepi jalan menghala Pontian semasa nak balik ke Johor Bahru dari rumah keluarga Mia di Parit Raja, Batu Pahat. Highway agak jammed petang itu.


Sedapnya makan ini. Banyak pula bila dah potong macam itu. Sambil buat kerja.. sambil makan. Mood ceria saja hari ini. Mia makan seorang memanglah tak boleh habis jadinya ada kongsi dengan rakan sepejabat sedikit. 

Bagus untuk kesihatan kalau makan buah jambu batu. Banyak khasiat dan kelebihan terutamanya mengandungi banyak Vitamin C. Ada Mia kongsikan di SINI.

** kenyang makan ini....


Post a Comment

6 Comments