Sebenarnya Kan....

Sebenarnya kan... kalau perasan Mia sedang kembalikan mood berblog sekarang ini. Kalau dulu beberapa entri setiap hari. Dari awal tahun 2023 sehinggalah bulan lepas, Mia agak terikat dengan beberapa komitmen kerja, keluarga dan peribadi. Jadinya tidak dapat sangat aktif update blog begitu juga dengan aktiviti blogwalking ke blog rakan-rakan maya sekalian. Rindu sangat zaman masa rajin berblog dulu.




Bahan untuk update blog ada. Banyak dalam draft version tetapi sudahnya tak terpublish dan terus terbiar macam itu saja.

Untuk mengatasi masalah ini, Mia paksa diri update blog secara autopublish dengan set tarikh dan masa untuk entri itu publish ke blog secara automatik.  Buat masa ini satu entri satu hari sama ada kisah dari Mia atau pun sharing info dari sumber lain.

Mia perasan ketika blog ini bersarang seketika, blog ini tidak putus-putus menerima kunjungan dari luar sama ada rakan blogger atau orang lain yang mencari maklumat dari enjin carian. Terima kasih diucapkan diharapkan maklumat dari blog ini dapat membantu anda serba sedikit tentang yang dicari itu.

Sebenarnya kan.. hati ini cukup berkobar-kobar nak update blog. Sayang sangat dengan blog ini yang telah menjadi sebahagian dari hidup Mia sekarang ini. Lama dah berblog, ada masa konsisten, dan ada masa tidak. Lumrah hidup blogger pun sama macam orang lain. Ada senang. Ada susah. Ada perkara yang perlu dipentingkan dulu. Bukan menghadap blog semata. Mia anggap berblog ini sebagai hobi yang boleh menceriakan mood Mia.  Rasa happy bila ada orang datang. Bila baca komen pengunjung, boleh tersenyum seorang diri. Blog ini ibarat terapi stres buat Mia. 


Banyak lagi Mia nak coretkan di sini tetapi masa yang ada hanya sebegini saja. Jadilah dapat update blog untuk petang ini.


** salam sayang dari Mia...


Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga dipermudahkan semuanya buat Mia... Blog dah jadi sebahagian journey hidup kita kan..

    ReplyDelete
  2. Semoga kak mia terus semangat menulis, sama la blog ni satu hobi ada masa update hihihi.

    ReplyDelete
  3. Moga akk dipermudahkan segala urusan ...
    Sesekali nak luangkan masa dengan blog kann

    ReplyDelete
  4. Takpa, tepek satu gambar..cerita ringkas pun cukup Kak..hahaa.. Keep it up! Ayuh, ayuh!! 🤩🫶

    ReplyDelete