Mia nak kongsikan berkaitan kerja Mia pada bulan September 2023. Salah satu projek terpenting Unit ICT pada tahun 2023 ialah pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan LPNM bagi tahun 2023 - 2030 di mana ianya perlu dilaksanakan merujuk kepada Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 8 November 2021 telah mengarahkan setiap kementerian termasuk jabatan dan agensi di bawahnya membangunkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) sebagai komponen penting dalam merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan untuk mencapai agenda perkhidmatan awam dan negara.
Kali pertama dapat tahu tahun ini kena buat PSP dan ianya telah dimasukkan ke dalam KPI Unit ICT untuk tahun ini, rasa macam boleh ke tidak nak buat ini memandangkan Unit ICT hanya ada 4 orang teknikal ICT dan 1 orang kerani. Sebenarnya kena buat tahun lepas, tapinya bajet peruntukan untuk projek ini baru ada untuk tahun 2023 ini.
Logic thinking, untuk 5 orang buat PSP ini memanglah tidak mampu. Bagi merealisasikan juga, kami buat sebut harga dan telah melantik pihak perunding Statworks. Ada beberapa siri bengkel perlu dibuat untuk penyediaan :
- Ringkasan Eksekutif Pelan Strategik Pendigitalan LPNM 2023-2030
- Ringkasan Eksekutif Pelan Strategik Pendigitalan LPNM 2023-2030
- Laporan Interim Pelan Strategik Pendigitalan LPNM 2023-2030
- Pelan Strategik Pendigitalan LPNM 2023-2030
- Laporan Analisis Jurang Bisnes LPNM
- Laporan Analisis Jurang ICT LPNM
Jadinya untuk bengkel yang pertama, Sesi 1 Analisis Jurang ICT dibuat pada 13 hingga 14 September 2023 di Hotel Grand Baraqah, Ampang Kuala Lumpur.
Jom tengok gambar pada hari pertama..
Mula-mula agak blur juga Mia ini. Tetapi setelah mendapat penerangan yang terperinci dari pihak perunding, hati ini ada agak sedikit lega.
Selepas bincang secara keseluruhan tentang pengurusan LPNM, kami fokus kepada part ICT. Dalam melaksanakan tugas dan kerja seharian dengan kakitangan ICT yang sangat-sangat terhad untuk cover pejabat-pejabat seluruh Malaysia. Bukan satu yang mudah. Kena ada pengurusan masa yang cekap supaya semuanya dapat dilaksanakan. Masalah, cabaran ditambah pula dengan perkembangan teknologi ICT yang begitu laju sekarang ini, terasa macam tidak terkejar. Sentiasa perlu belajar dan updated dengan yang baru.
Jom tengok gambar pada hari kedua...
Muka ada sedikit senyum. Kami ada isi maklumat-maklumat yang diperlukan berdasarkan kepada beberapa template yang telah disediakan bagi pengumpulan maklumat tertentu dan memudahkan urusan penulisan kelak.
Alhamdulillah.. selesai sudah Sesi 1 Analisis Jurang ICT. Dapat kerjasama sepenuhnya dari pihak perunding. Akan ada sesi kedua pula selepas ini. Kata orang pelan-pelan kayuh. Janji ada progress dari semasa ke semasa. Chaiyukkk..
Bersambung ke Sesi 2 di SINI.
** bukan senang nak buat digital blueprint ini.... the best part was the value of teamwork.. so precious..
2 Comments
Hello geng IT. Banyak cabaran dan kos untuk pendigitalan, paling penting pendigitalan tidak mengganggu proses sedia.
ReplyDeleteyupp.. betul tu.. IT ni kosnya besar, cuma nak buat dengan tak nak buat je. kalau tak buat, ketinggalan pula kita... huhuhu..
Delete