Serius Mia katakan, rawatan spa di Parit Raja, Batu Pahat, Johor jauh lebih murah dari rawatan spa di Johor Bahru. Mak Mia rajin kerja kebun. Mudah sakit-sakit badan bila penat. Risau juga.
Balik kampung kali ini, Mia bawa Mak Mia manjakan diri di Mommy Rizqi Urut Spa. Mia ambil pakej mandian bunga dan urutan tradisional satu badan. Suka Mak Mia.
Rawatan mandi bunga betul-betul cara tradisional di sini. Memang best. Menenangkan fikiran dan jiwa di samping menyegarkan badan. Tenang rasanya.
Lamanya juga mandi bunga ini. Puas hati Mia dengan rawatan ini. Kemudian, buat urutan penuh satu badan untuk Mak Mia. Banyak urat yang tegang, dapat dilembutkan. Lama juga lebih satu jam rasanya. Akhir sekali, tuam satu badan dengan air suam halia dan daun limau purut. Kos rawatan semuanya RM100 untuk Mak Mia.
Lokasi Mommy Rizqi Urut Spa tidak jauh sangat dari rumah keluarga Mia. Dari jalan besar, agak jauh sedikit masuk ke dalam kemudian belok ke kiri apabila jumpa tadika. Bisnes spa ini di rumah dan berada di hujung jalan selepas melalui kebun kelapa sawit.
Mak Mia kata boleh repeat datang sini lagi. Bangun tidur keesokannya harinya, rasa sedap badan dia. Syukur alhamdulillah...
** sayang mak......
2 Comments
Seronoklah mak akak manjakan diri kat sini....Moga Kak Mia dilimpahkan rezeki..Aamin..akak x join ke..hehe
ReplyDeletemak rasa best. kak mia tak join nona sebab kak mia dah berspa minggu sebelumnya di jb...
Delete