Headphone Penting Untuk Kerja

Sebenarnya bila kita kerja mengadap komputer kadang rasa letih dan tiada mood nak buat kerja. Sambil buat kerja boleh dengar lagu, bacaan ayat al-quran atau lain-lain supaya mood bekerja berada di tahap maksimum. Perasan tak? Workstation Mia kat pejabat ada speaker dan headphone. Mia jarang sangat guna speaker waktu kerja melainkan tiada orang barulah guna.

Mia kerap guna headphone apabila dengar lagu dan bacaan ayat al-quran supaya tidak mengganggu konsentrasi rakan sekerja menjalankan tugas. Boleh hilangkan rasa mengantuk selepas waktu makan tengahari.


Headphone penting untuk kerja. Kadang perlu guna untuk dengar rakaman audio mesyuarat untuk siapkan minit mesyuarat. Banyak kegunaan headphone ini. Kalau tidak keluar makan pada waktu rehat tengahari, Mia selalu guna untuk tengok drama korea atau cina di iQIYI.

Bak kata orang, kalau kerja sepanjang hari tanpa rehatkan minda boleh stress dibuatnya. Jadinya, kena buat aktiviti lain untuk naikkan mood kerja.


** jaga mood kerja....


Post a Comment

0 Comments