Jalan-Jalan Plaza Angsana Johor Bahru

Wah.. dah meriah sekarang ini di Bandar Baru Uda. Happening betul. Disebabkan adanya Plaza Angsana, pelbagai kedai emas dan bazar-bazar Ramadhan. Pertengahan bulan Ramadhan saja keadaan jalan raya di sekitar Bandar memang sesak. Sehingga Mia balik kerja pun sesak nak keluar ke jalan raya. Kalau perasan banyak kereta Singapura di sini. Shopping sakan nampaknya.

Ada satu hari itu, Mia dan Sofea pergi lepak kat Plaza Angsana. Cuci-cuci mata tengok apa yang berkenan, tengok pula promosi apa yang ada. Memang meriah dengan ramai orang. Terutamanya gerai-gerai jualan di luar Plaza Angsana dan booth jualan hari raya dalam ruang legar Plaza Angsana.




Cantik-cantik baju kurung di sini. Baju raya kanak-kanak pun ada. Tapi itulah harganya boleh tahan mahal juga. Kena pandai pilih. Jalan-jalan punya jalan nampaknya tidak ada satu pun baju kurung yang berkenan di hati mengikut bajet yang ada. Tidak mengapa, boleh cari kat tempat lain.


** healing dengan windows shopping...


Post a Comment

0 Comments