Hari Sabtu 1 April 2023 yang lepas, Mia baru berkesempatan untuk buka puasa di Thistle Johor Bahru. Meriah sangat juadah hidangan menu makanan yang disediakan. Penuh ramai orang satu Ballroom. Rambang mata sampai tidak tahu nak makan yang mana satu. Terlalu banyak pilihan.
|
Dengan si comel Sofea, suka dia nak buka di sini |
Sebelum masuk ke dalam Orchid Ballroom, semak daftar nama dahulu. Mia sampai pun agak lambat sedikit disebabkan trafik sesak akibat hujan petang itu. Ramai yang datang berbuka puasa di sini. Ada yang datang dari negara jiran, Singapura. Bukan orang melayu saja yang datang sini, kaum berbangsa lain pun ada juga.
|
Dengan family Mr Joshua yang peramah. |
|
Cantik betul dekorasi landskap bunga-bungaan ini. |
Ramai yang beratur untuk mengambil makanan dan minuman. Agak sesak. Mia sempat snap mana yang sempat saja.
|
Suasana di dalam Orchid Ballroom ini. Luas sangat. |
|
Juadah berbuka kami. Minum air panas dulu sebelum makan.
|
|
Sedap durian ini. Wajib makan sebagai dessert. |
|
Terhibur dengan gelagat dan karenah Embun yang setiasa mencuit hati semua yang datang berbuka sini. |
Sambil-sambil makan, rasa terhibur dengan dendangan lagu oleh Kudien dan geselan violin oleh Aqma Daniel. Yang bestnya, sesiapa yang lahir pada bulan April diraikan dengan mesranya.
Alhamdulillah, sedap dan kenyang. Berbaloi sangat dengan harga pakej Ramadhan Buffet yang ditawarkan. Sesiapa berminat dan ada berdekatan bandar Johor Bahru, sila klik SINI untuk tengok harga pakej Ramadan Buffet Citarasa Warisan Kampung.
** seronoknya....
0 Comments