Beli Baju Kurung Raya 2023

Biasalah dah namanya perempuan. Kalau nak beli baju raya memang agak memilih sedikit. Nak-nak yang ready made. Tidak boleh terus beli, kena pakai dan test dulu. Rasa selesa ke tidak. Akhirnya Mia dan Sofea pergi ke Butik Melia Design. Asalnya cari di Shopee, bila semak profile butik ini ada pula di Skudai, Johor Bahru. Pucuk dicita, ulam mendatang. Terus Mia dan Sofea ke sini.

Tahun ini tema raya warna biru muda turquoise. Pilihan warna dari Sofea. Susah nak cari yang berkenan di hati. Mujur ada pula dijual di butik ini. Selepas dah cuba pakai seketika, alhamdulillah rasa selesa. Design pun simple dan kena dengan bajet Mia bawah RM70.00. Beli 2 pasang sedondon dengan Sofea.



Ada beli juga beberapa pasang baju kurung yang lain buat tokok koleksi baju kurung basahan untuk pergi kerja. Lega... selesai urusan beli baju raya selepas pergi beberapa tempat termasuk Plaza Angsana. Tudung-tudungnya pula, Mia beli jenis satin yang warnanya biru gelap sedikit yang sama dengan baju di kedai tudung sekitar Bandar Baru Uda. 


** mood raya...



Post a Comment

0 Comments