Mia nak kongsikan / review pelembap kulit yang berkesan untuk kulit yang gatal, kering dan sensitif untuk badan dan kaki. Mia dah masuk tiub yang kedua produk Suu Balm PRO Body Care Rapid Itch Relief Moisturiser. Jenis macam losyen dan tidak melekit.
Kadang-kadang kalau ada gatal-gatal sedikit kat tangan atau kaki, terus je sapu pelembap ini. Akan ada rasa macam panas sedikit tetapi selepas 5 minit akan rasa lega. Kena gigit nyamuk pun bagus guna ini. Kulit yang bermasalah dirawat dan nampak lebih cepat pulih.
Satu lagi kalau sedang buat apa-apa kerja, kadang kulit tangan Mia akan keluar kemerahan sedikit, mungkin terkena habuk selepas Mia sapu Suu Balm ini terus hilang kemerahan itu. Sebab itu, Mia memang ada standby dalam handbag Suu Balm ini untuk rawatan kecemasan.
Asalnya, doktor pakar klinik kulit yang syorkan pada Mia semasa Mia kena sakit alergik yang teruk selepas PKP kedua yang lepas. Jadinya, selepas itu Mia terus guna ini sebagai first aid kit.
** Memang bagus guna ini. Puas hati. Ada dijual di Shopee.
0 Comments