Mudahnya sekarang ini, kalau nak goreng ayam boleh guna tepung goreng ayam yang dah siap ready made. Ada banyak jenis jenama di pasaran. Tak perlu susah payah nak siapkan rencahnya terlebih dulu. Sangat membantu bagi ibu yang bekerja seperti Mia.
Balik kerja, keluarkan ayam. Defrost ayam. Bancuh tepung goreng ayam pekat-pekat. Untuk lebih rasa crispy atau rangup, campurkan dengan sedikit tepung jagung. Selepas dah siap bancuhannya, gaul ayam sehingga sebat dan kemudian, goreng di atas kuali.
Oh ya.... Mia guna tepung goreng ayam jenama PakLong. Rasa ayam yang digoreng guna tepung ini ternyata sedap dan rangup. Setakat ini, puas hati makan ayam goreng rangup ini.
** enak dimakan begitu saja...
1 Comments
tepung bestari pun best tak payah campur perasa dah complete dah rasa dia.
ReplyDelete