Sebut saja apam balik, memang terliur dibuat. Apa tidaknya, menu favourite keluarga Mia. Ayah Mia paling suka ni. Kalau ada pasar malam, wajib beli apam balik. Kalau dulu, apam balik dengan pilihan kacang dan jagung. Sekarang ini, dah ada pelbagai rasa. Rambang mata nak pilih.
Tukar selera. Beli apam balik nestum jagung dan apam balik nestum coklat. Baunya menyelerakan.
Pelanggan sebelah Mia, beli apam balik oreo cheese. Nampak menarik betul ni. Lain kali boleh cuba yang ini pula.
Bila dah dibawa balik ke rumah, terus makan dan selamat masuk ke dalam perut. Tak sempat nak snap gambar.
** alhamdulillah... kenyang....
1 Comments
wow meriah tu..nampaks sedapppp
ReplyDelete