Banci Nanas 2023

Di sini Mia nak kongsikan maklumat tentang Banci Nanas 2023 yang akan diadakan dari 15 Mac 2023 sehingga 15 April 2023. Kali terakhir pejabat Mia buat banci nanas ialah pada tahun 2014. Liputan banci merangkumi semua aktiviti penanaman dan pengeluaran tanaman nanas di Semenanjung Malaysia. Banci ini sangat penting kerana maklumat akan digunakan untuk perancangan dan pembentukan dasar bagi tujuan pembangunan pertanian nanas negara.



Banci Nanas

Ianya merupakan satu program bagi menyelaras maklumat penanaman, pengeluaran dan pengusaha tanaman nanas di Semenanjung Malaysia secara bersepadu dan lengkap.  LPNM mengambil pendekatan yang bertujuan untuk membangunkan pengkalan data industri nanas yang lengkap dan komprehensif.


Siapa yang perlu dibanci?

- Pengusaha nanas persendirian
- Pengusaha nanas syarikat
- Pengusaha nanas pertubuhan / persatuan
- Pengusaha nanas koperasi
- Pengusaha nanas perkongsian / kelompok
- Pengusaha nanas perbadanan awam
- Pengusaha nanas agensi kerajaan
- Pengusaha nanas NGO

Kaedah banci

Menggunakan aplikasi e-banci, computer assisted personal interview (CAPI).


** diharap program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan padu dari pelbagai pengusaha nanas....


Post a Comment

1 Comments