Beli Susu Segar Kambing Dan Lembu Dari Ladang

Tengahari Sabtu lepas semasa Mia nak balik ke Johor Bahru, Mia singgah gerai jual susu segar di hadapan Projek Pertanian Moden Kluang, Johor. Hajat di hati nak minum susu segar kambing dan lembu.


Beli dua botol susu kambing dan dua botol susu lembu. Ada macam-macam perisa. Mia ambil yang perisa coklat sahaja.

Gerai ini ada jual produk lain seperti madu dan lain-lain. Peramah sungguh pakcik yang meniaga ini. Nampak gaya macam dah lama jual di sini.


Bila diminum terasa segar dan sedap. Oh! ya.. susu kamibing dah ada rasa perisa, jadinya tak ada rasa hanyir. Terus saja minum. Alhamdulillah.

Bagus minum susu kambing ini. Banyak kelebihan dan khasiatnya. Antaranya :-
  1. Menguatkan gigi dan tulang
  2. Boot sistem antibodi
  3. Baik untuk otak dan saraf
  4. Kaya dengan vitamin dan mineral
  5. Baik untuk jantung dan saluran darah
  6. Anti inflamasi
  7. Nutrisi padat
  8. Mengawal tekanan darah tinggi

** susu sumber utama kalsium....




Post a Comment

0 Comments