Bahan-Bahan Perap Ayam Yang Paling Mudah

Bagi wanita yang bekerja seperti Mia ini, kalau boleh bila balik kerja nak masak yang mudah dan ringkas. Di sini Mia kongsikan bahan-bahan perap ayam yang paling mudah iaitu :

  • Lada putih, lada hitam dan bawang putih ditumbuk halus
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Gula secukup rasa



Selepas itu, Mia gaulkan rata ke seluruh ayam dan tunggu setengah jam sebelum dibakar dalam air fryer. Terpulang pada kehendak masing-masing boleh pelbagaikan lagi untuk bahan-bahan perap ayam. Lagi lama perap ayam lagi sedap rasanya. Bagi Mia setengah jam dah cukup, untuk rasa itu meresap ke dalam ayam.


Menu makan malam yang simple dengan ayam dan salad coleslaw. Buat sendiri. Makan dengan roti. Favourite Sofea sekarang ini.


** kenyang alhamdulillah...


Post a Comment

2 Comments

  1. Sedap ni perap simple2...lepas tu bakar dalam air fryer tak pun dalam oen..goreng pun sodap kan Mia

    ReplyDelete
  2. Menarik betul warna dia. Boleh buat juga ni

    ReplyDelete