Sofea Mula Makan Examo

Petang semalam, Mia pergi ke kedai Era Edar Marketing di Bandar Baru Uda nak belikan Examo untuk Sofea. Suplemen homeopati untuk Sofea belajar. Mudah ingat. Beli 2 jenis. Examo CKM 500 dan CKM 500 PLUS (booster). Total harga ahli ialah RM65. 

Mia tengok silibus tingkatan 1 ini dah macam berat pula. Sofea pula mudah sakit kepala dan letih bila belajar di rumah. Keperluan suplemen Examo penting untuk Sofea.

Malam tadi baru mula unpack dan beri Sofea makan. Bila tengok jadual, untuk Examo CKM 500, Sofea perlu makan 3 biji 3 kali sehari untuk minggu pertama. Booster pula makan sebiji seminggu. Cara makan dengan kemam di dalam mulut.


Examo CKM 500 dan CKM 500 PLUS (booster)
Cara makan Examo CKM 500
Cara makan CKM 500 PLUS.
Rupa bentuk pil Examo CKM 500 dan CKM 500 PLUS


Moga selepas ini Sofea dapat belajar dengan baik. Dah cuti sekolah, kena belajar juga. Sebabnya naik cuti sekolah bulan Januari 2023 dah mula exam sekolah agama dan sekolah menengah katanya. 


** kisah Sofea...


Post a Comment

5 Comments