Mia ada jemputan kenduri kahwin saudara-mara di Kota Tinggi hari ini. Lokasi majlisnya di Dewan SJKC Mawai. Tengahari baru bergerak ke sana, punyalah jammed dari Johor Bahru. Selamat sampai dalam 3.30 petang, orang pun dah tak ramai.
Banyak menunya. Ada nasi minyak serta lauknya, soto nasi, laksa, aiskrim dan lain-lain lagi.
Sempat snap semasa berhenti di traffic light.
Sempat berborak-borak dengan saudara-mara. Dah lama tak jumpa. Banyaklah yang diceritanya. Selesai saja, terus pulang.
** menyantuni saudara-mara.... kategori sepupu...
3 Comments
Rindu nak makan nasi kenduri.. ;)
ReplyDeleteSeronok sekali sekala boleh berjumpa saudara mara sambil makan kenduri kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kita pun baru je lagi hadiri majlis kahwin sepupu. Seronok bila sesekali dapat berkumpul ramai-ramai
ReplyDelete