Ahad kelmarin, cuti peristiwa negeri Johor dapatlah Mia beriadah di Sireh Park, Iskandar Puteri Johor Bahru dalam kawasan Taman Nusa Idaman. Kali pertama pergi sini di awal pagi, terasa sangat segar dan menenangkan. Ramai juga yang datang jogging, hiking dan brist walking. Aktiviti riadah di sini sesuai sangat dengan seisi keluarga.
Berpeluh banyak bila jogging atau jalan di lereng bukit sini. Penat jogging boleh rehat santai di tasik sambil layan karenah itik-itik. Suka Sofea bila dapat berikan roti pada anak itik. Manja pula tu.
Luas tempat ini, tak dapat nak explore semua. Kali pertama, mana yang terdaya sampai. Tak lama luangkan masa kat sini, selepas sudah cooling down terus balik rumah.
Aktiviti riadah yang menyihatkan. Hari cuti saja yang boleh pergi.
** family hour...
2 Comments
pergi lagi sekali boleh try jauh sikit
ReplyDeletehaah... nak jauh skit lepas ni...
Delete