Kisah pada hari Jumaat, 2 September 2022. Dah lama sangat rasanya tak buat rawatan muka. Kulit muka pun dah rasa macam tak licin dan glowing. Dah 40 series ni, jeragat pun dah mula muncul. Makin membimbangkan.
Makanya, Mia pergi buat facial untuk rawatan jeragat di MyJestic Medispa, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Tak jauh dari rumah family Mia.
Mia buat appointment jam 9.30 pagi. Mujur dapat slot sebelah pagi. Sabtu esoknya, Mia dah nak balik Johor Bahru pula.
Spa ini kat tingkat atas. Kena menapak naik tangga. Banyak rawatan yang ditawarkan. Tengok pada kesesuaian kulit muka kita.
Menunggu untuk di scan kulit muka. Cadangan rawatan diterangkankan selepas laporan analisa kulit muka dibuat. Jeragat Mia dah mula ada sedikit. Jadinya, Mia buat facial chemical peeling. Harganya RM199.
Leganya selepas facial. Kulit muka rasa bersih dan terjaga. Alhamdulillah.... Oh ya.. spa ini untuk kaum muslimah sahaja. Selesa dan tenang.
** mood facial...
7 Comments
Best juga sis sesekali manjakan diri kan..
ReplyDeleteBetul tu ibu ni pun muka dah penuh jeragat..
Gunalah pencuci apapun dah memang faktor hormon agaknya..
tahniah pengantin baru., ;p
ReplyDeletewah bestnya, kat parit raja aje ye.. nampak classy medispa ni
ReplyDeleteWahhh bestnya sesekali dapat manjakan diri camni
ReplyDeletebestnya..idaman me time kaum mak-mak.haha..
ReplyDeleteTest test ..
ReplyDeletethanks sis lin... test diterima...
Delete