Mia nak kongsikan di sini. Semasa Adik Mia positif Covid-19 (Cat2a) bulan lepas, Mia belikan semburan sakit tekak jenama Betadine beli kat Farmasi Alpro. Masa itu dia kata makan lozenge sakit tekak dah tak berkesan. Risaunyanya Mia. Jadinya Mia order yang ini dan delivery ke rumah.
Recommended dari staf Farmasi Alpro. Boleh melegakan untuk tekak kering dan gatal, sakit tekak, bengkak tekak, ketidakselesaan tekak dan serak disebabkan radang tekak. Sembur pada tekak setiap 3-4 jam selama beberapa hari.
Betadine
Sore Throat Spray
- 85% of sore throats are caused by viruses
- contains an active ingredient providone-iodine 0.45% w/v
Baru spray sehari dua dah nampak kesannya. Selepas seminggu tekak Adik Mia dah hampir pulih. Alhamdulillah...
** alternatif lain selain lozenge....
0 Comments