Rasanya tidak terlambat untuk Mia ucapkan "Selamat Datang Tahun Baharu 2022. Maklumlah Mia memang terasa masa sangat mencemburui Mia. Punyalah sibuk dengan komitmen kerja di hujung tahun dan awal tahun sehinggakan blog ini terabai seketika. Maafkan Mia. Hari ini dah masuk hari ke 17 di tahun baharu dan ini adalah entri pertama Mia pada tahun ini.
Macam-macam perkara yang telah berlaku pada tahun lepas. Dugaan sentiasa ada untuk menguji kita. Perlu banyak bersabar dan teruskan hidup dengan tabah. Alhamdulillah, setahun telah berlalu. Usia kian makin meningkat. Harapan dan impian yang masih belum tercapai di tahun lepas boleh diusahakan lagi pada tahun ini dan semoga ianya berhasil dan tertunai. Bukan Mia sahaja, semua orang turut merasainya. Selalunya akan tanam azam baru, semangat baru apabila tiba tahun baru. Mia doakan yang baik-baik buat semua pengunjung blog ini.
Hmmm.. rasanya ada beberapa entri blog pending yang Mia belum sempat publish dan ada juga segmen yang perlu Mia buat. Nantikan nanti ya....
** baru boleh menarik nafas lega.. i'm back....
4 Comments
Selamat Tahun Baharu 2022 Mia
ReplyDeleteMudah2an 2022 lebih cerah sinarnya
ReplyDeleteSelamat melangkah ke tahun baharu
selamat tahun baru 2022
ReplyDeleteMasih belum terlambat! Happy New Year 2022!
ReplyDelete