Tempat Makan-Makan Semasa Outstation Ke Bangi

Bila outstation, kena pandai cari tempat makan. Sebelum ini Mia ada cerita di SINI yang Mia menginap di Hotel Tenera semasa outstation ke Bangi. Mujur Zul, rakan sekerja Mia terror bab tempat cari makan. Sesampainya di Bangi di waktu tengahari Ahad, 31.10.2021. Kami makan tengahari di restoren Wang Solo, Kajang. Rasa selera kampung. Sedap. Sebelah petangnya, kami ada mesyuarat dengan pihak pembekal di Hotel Tenera, Bangi.

Jom tengok...
Snap depan restoren.
Menu Mia dan 3 lagi rakan sekerja.
Menu Mia. Banyak sangat ini. Memang kenyang.
Bukti pernah makan di sini.


Sebelah malamnya pula, kami makan malam di MZ Cafe Bangi. Besar tempatnya dan terlalu pelbagai menu makanan termasuk Western Food. Harganya pun berpatutan. Ramai pelanggannya.

Snap depan cafe.
Ruang dalam cafe.
Menu favourite Mia, Fish n Chips.


Kalau ke Bangi, mungkin boleh cuba singgah makan di Restoren Wang Solo dan MZ Cafe. Sesekali ubah selera makan di sini. Sedap... puas hati Mia makan kat dua tempat makan ini. 


** makan kena sedap....



Post a Comment

1 Comments