Senyuman Sinar Berkilau Hanya 14 Hari dengan Ubat Gigi Baharu Fresh & White Volcanic Whitening

Gigi yang putih dan berkilau bersama senyuman yang bersinar merupakan trend penjagaan oral terbesar sejak lebih sedekad lalu, dipengaruhi oleh persekitaran media sosial yang bersifat visual. Semasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat maya, adakah anda lebih memberi perhatian dan tertarik kepada individu yang mempunyai senyuman yang berseri? Adakah senyuman anda sendiri bersedia untuk dizumkan di hadapan kamera ketika menggunakan Teams?



Cuba ini: Senyum dengan lebar, ambil swafoto (selfie) dan kemudian zum untuk melihat keadaan gigi anda dengan lebih dekat. Jika terdapat kesan kotoran atau perubahan warna pada gigi anda, Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening boleh membantu anda mendapatkan gigi yang lebih putih dan senyuman yang lebih berseri dalam hanya 14 hari. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi.

Fresh & White adalah jenama LION Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang disokong oleh pengalaman selama 130 tahun dalam bidang pembangunan dan inovasi penjagaan oral. Ikon beruang kutub Fresh & White adalah produk kegemaran yang mudah didapati di bilik mandi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia digemari kerana memberikan rasa pudina yang menyegarkan dan kuasa nafas segar yang berpanjangan.

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening telah dirumus khas dengan memberi perhatian terhadap gaya hidup digital hari ini yang telah menyebabkan kita lebih peka terhadap penampilan dan senyuman.

Adakah anda tahu, apakah yang menyebabkan kesan kotoran pada gigi? Lebih utama, sebagai rakyat negara yang mencintai makanan, adakah anda ingin melepaskan makanan dan minuman ini?

Kopi, teh tarik, teh boba, jus buah-buahan dan minuman berkarbonat yang memberikan kegembiraan kepada kita dan sering dinikmati pada acara-acara sosial adalah antara punca utama kesan kotoran pada gigi. Selain itu, makanan berwarna dan kaya dengan rasa seperti kari, kicap, sos berasaskan tomato, cuka, limau, ubi bit dan gula-gula berwarna juga menyumbang kepada kesan kotoran pada gigi. Anda boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dan minuman ini, atau hanya tukar ubat gigi anda kepada Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening untuk memastikan gigi anda lebih putih bersama senyuman yakin yang bersinar dan berkilau.

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening ini dirumus dengan mineral gunung berapi Jepun dan ejen pemutih berteknologi terkini untuk memutihkan gigi secara efektif, pada masa yang sama lembut pada enamel gigi, membolehkan anda mendapatkan senyuman yang lebih berseri sepanjang masa.

Mudah untuk digunakan, jimat dan tanpa sebarang kesan sampingan, jadikan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebahagian daripada rutin penjagaan diri anda.

Sertai #FreshNWhite2WeeksChallenge. Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari dengan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan oral yang baik bagi mencapai hasil yang terbaik. Anda dapat melihat senyuman yang lebih bersinar dan yakin hanya dalam dua minggu.

Penyingkiran kesan kotoran menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah dua kali ganda lebih berkesan berbanding ubat gigi biasa, terbukti menerusi ujian makmal yang dijalankan di Jepun.

Ujian makmal melibatkan gigi digosok selama dua minit sebanyak dua kali sehari pada enamel gigi artifisial yang terdiri daripada bahan yang menyerupai gigi manusia. Satu set ujian dijalankan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dan satu lagi set menggunakan ubat gigi biasa. Keputusan ujian mendapati Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening berkesan menyingkirkan pembentukan kotoran degil pada enamel gigi artifisial.

Manfaat Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening melangkaui penyingkiran kesan kotoran pada gigi. Ia juga mempunyai teknologi Perisai Anti-Gula yang diperkukuhkan dengan dua kali ganda kandungan dwi fluorida, seterusnya mengukuhkan pertahanan enamel gigi terhadap tindakan asid gula yang dihasilkan oleh bakteria. Di samping itu, ia turut meningkatkan pembentukan semula mineral bagi enamel gigi yang lebih kuat. Dengan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening, anda boleh memiliki senyuman sinar berkilau dengan gigi yang lebih kuat tanpa kaviti!

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening menyempurnakan senyuman sinar berkilau anda dengan rasa kesegaran pudina. Kesegaran pudina yang manis dan sempurna ini menjadikan mulut dan nafas rasa lebih bersih dan segar, memberikan anda keyakinan walaupun ketika memakai pelitup muka!

Nikmati solusi pemutih gigi ini di rumah pada harga berpatutan untuk gigi yang lebih putih, tiada kesan kotoran, lebih kuat, tanpa kaviti serta senyuman yang sinar berkilau bagi seisi keluarga.

Mandy Tan, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd berkata, “Senyuman berseri adalah aset terbaik bagi sebarang hantaran media sosial, tetapi memastikan gigi kita bebas daripada kesan kotoran adalah satu cabaran, khasnya apabila kebanyakan kita gemarkan kopi, teh dan pelbagai sajian tempatan. Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah tambahan terbaik untuk rutin penjagaan oral anda dan keluarga. Ia memutih, menguat, dan melindungi gigi, serta menyegarkan nafas dengan berkesan, pada harga mampu milik. Cubalah selama 14 hari dan anda akan nampak perbezaannya. Jadi bintang yang berkeyakinan pada mesyuarat maya anda seterusnya dengan senyuman yang sinar berkilau dengan Fresh & White.”

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dihasilkan di bawah standard keselamatan dan kualiti terbaik. Kesemua rangkaian produk Fresh & White telah menerima pengiktirafan Halal. Tiub ubat gigi 140g dijual pada harga RM6.10, sementara pek berkembar (2x140g) boleh didapati pada harga RM10.50. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://freshandwhite.com.my

Penafian produk
Hasil sebenar penggunaan bergantung pada perubahan keadaan penggunaan. Sesetengah kotoran mungkin boleh disingkirkan tetapi kunjungan ke doktor gigi adalah penting.

Post a Comment

0 Comments