Kisahnya pagi tadi semasa Mia sampai pejabat dan parking kereta. Betul-betul menghadap pokok pelam. Nampak dari kejauhan, ada sebiji lagi yang tinggal. Nampak elok sangat buah pelam itu. Terus Mia ke pokok itu dan cuba tarik guna payung. Alamak.. tak sampai, tingginya. Kebetulan Abang Anuar ada di situ dan tahu hasrat Mia. Dia akan tolong ambilkan guna galah nanti dan Mia terus masuk pejabat.
Dalam hati, bestnya kalau dapat sebiji ini. Makan mentah macam itu saja balik rumah nanti. Dah lama tak makan. Rasa craving betul.
Tup-tup masa Mia keluar tengahari. Eh! Dah ada pula pelam atas kereta Mia. Abang Anuar dah ambilkan. Alhamdulillah.. rezeki hari ini. Buah pelam yang terakhir dari pokok. Nak tunggu musim berbuah seterusnya memang lambat lagi lah nak merasa.
Inilah pokoknya...
Selalunya bila pokok ini berbuah, Mia sering terlepas pandang. Kali ini baru dapat sebiji pelam hasil dari pokok itu. Syukur....
** favourite sangat pelam jenis ini.... (^_^)
3 Comments
pelam epal
ReplyDeleteKalau masih muda masam sangat
kalau dah rezeki tu kan..
ReplyDeletepehhh terliurr rasanyaa...
ReplyDelete