Webinar ini akan menampilkan pakar di dalam setiap bidang, dan sesi akan lebih menarik lagi dengan moderator yang mempunyai pengalaman luas mengenai konteks perbincangan untuk mengupas penyelesaian isu-isu yang dibangkitkan dalam proses untuk memahami bagaimana untuk menjaga kesihatan mental.
Kami juga akan memperkenalkan pasukan EduCity Mental Health First Aider yang diiktiraf! Pada masa yang sama peserta program akan berpeluang untuk memenangi kit H.A.P.P.Y. yang eksklusif dari kami!
* H.A.P.P.Y. membawa maksud Healthy and Peaceful Practices for You
Butiran lanjut program ini ada seperti berikut, termasuk golongan penonton yang sesuai bergantung pada tajuk yang diketengahkan:
Tarikh: 10 Oktober 2021 (Ahad)
Masa: 10 pagi – 3.30 petang
No | Tajuk Sesi | Pembentang/Moderator | Masa untuk Sesi | Penonton | Ringkasan |
1 | Working Through the Uncertainty of a Pandemic: How Can We Make This New Normal Work for Work? | P: Dr Nicholas Pang, Deputy Director (Clinical) and Psychiatrist, Hospital Universiti Malaysia Sabah M: Mr. Ijlal Nadzir, Executive and Leadership Coach
| 10.15 pagi - 11.15 pagi | Kandungan program disyorkan pada golongan Pekerja Profesional dan bahagian Sumber Manusia (HR). | Sesi ini akan menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh golongan pekerja yang akan memulakan norma baharu dalam pengurusan samaada di dalam bentukhybrid atau fizikal. Sesi ini juga akan membincangkan untuk memastikan bahawa pengaturan kerja yang flexible dan selamat bagi menjamin kesihatan mental kakitangan.
|
2 | Parents’ Roles in Promoting Teenagers’ Mental Health | P: Prof. Dr. Marhani Midin, Consultant Psychiatrist, UKM M: Mr. Yazan Shemmari, Head of Islamic and Disciplinary Department, Idrissi School | 12 tgh – 1 tgh | Kandungan sangat digalakkan untuk Ibu Bapa dengan anak berusia 7 tahun hingga 17 tahun. | Sesi ini akan mebincangkan masalah golongan remaja dan peranan Ibu Bapa dapat membantu dengan memahami masalah kesihatan mental mereka. Pelbagai tips akan dikongsi mengenai peranan Ibu Bapa dalam usaha membantu meningkatkan kesihatan mental remaja.
|
3 | Back to University: Coping with Uncertainty & Reset of Mindset | P: Ms. Kesantini Athinarayananrao, Counsellor, Newcastle University Medicine Malaysia M: Ms. Azizah Khalid Merican, EduCity Iskandar | 2.30 tgh – 3.30 petang | Kandungan sangat digalakkan untuk Belia, terutamanyaPelajar institusi pengajian tinggi, Ibu Bapa dan juga Kaunselor Universiti dan Sekolah. | Reset, Get Set and Go!
Sesi terakhir akan berkongsi tips-tips kepada pelajar institusi pendidikan tinggi untuk mengatur semula (reset) pemikiran mereka dan memunyai persediaan mental untuk menghadapi cabaran untuk kembali ke kampus, terutamanya apabila ada banyak ketidakpastian dalam fasa endemik kini. |
0 Comments