Panduan Pengawalan Asid Urik


01. Kawal berat badan dan sekiranya berat badan berlebihan, turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal.


02. Ambil makan berprotein secara sederhana dan kurangkan pengambilan lemak. Lemak yang tinggi dalam badan akan menghalang penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.


03. Kenalpasti makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi gout (tanda urik asid berlebihan) seperti kekacang, daging merah, udang, ketam dan sebagainya.


04. Minum banyak air kosong untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang termendap dan mengelakkan pembentukan batu karang asid urik.


05. Amalkan pengambilan saderi dan beri juniper kerana ia merupakan gabungan herba yang terbukti dapat menghalang pembentukan asid urik dan menyingkirkannya dari tubuh badan.




Post a Comment

0 Comments