Premium Organic Al-Hannanx Mediterranean Sumac

Bermula awal bulan Ogos ini, Mia dah mula amalkan minum Sumac. Sejenis makanan sunnah yang buat kali pertamanya Mia cuba. Orang kata bagus kalau kita amalkan minum Premium Organic Al-Hannanx Mediterranean Sumac untuk menjaga kesihatan Mia. Nak-nak di musim pandemik ini, kena betul-betul jaga kesihatan.


Mia sediakan dengan segelas air suam. Kemudian masukkan sesudu madu tualang dan sesudu Sumac. mia ikut kat cara penyediaan yang tertera pada packaging Sumac ini. Mia lebih selesa minumnya pada sebelah pagi sebelum sarapan.

Boleh juga dicampur dengan perahan limau. Terpulang ikut keselesaan masing-masing. Setakat yang Mia minum ini, Mia rasa lebih bertenaga dan kalau sakit tekak macam ada lendir, nanti lendirnya akan keluar. Terus rasa lega. Alhamdulillah....  Kalau orang lain, Mia tak pasti. Bergantung juga pada reaksi diri masing-masing. 



Post a Comment

0 Comments