7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen #TrashToTreasure

7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.

Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula.



Beg Out of the Ocean diperbuat daripada 100% plastik kitar semula dari lautan dimana setiap beg akan “membesihkan” dua hingga tiga botol plastik yang dibuang ke lautan. Manariknya, beg mesra alam ini dapat menampung berat sehingga 15kg.

Manakala Beg Recycled PET Bottle diperbuat daripada 100% botol PET kitar semula dimana ia dapat menampung berat sehingga 10kg. Tambahan lagi, penggunaan beg mesra alam dapat mengelakkan pembuangan sebanyak tiga botol plastik ke lautan.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, berkata, "Peningkatan sisa plastik, jika dibiarkan, mampu memudaratkan ekosistem bumi. Kempen beg mesra alam Trash To Treasure ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari dengan menggunakan beg mesra alam di samping menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar rakan kerjasama kami iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project.

“Jika sebelum ini, 7-Eleven memperkenalkan beg plastik biodegradasi atau mudah lupus di stor-stor kami sejajar dengan inisiatif pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Kami berharap inisiatif kelestarian ini dapat memupuk keprihatinan pelanggan kami dalam mengutamakan pemeliharaan alam sekitar,” kata Lee.

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, beg yang boleh digunakan semula ini bukan sahaja mesra alam tetapi menarik bentuk rupanya. Selain itu, beg mesra alam ini juga mempamerkan fakta atau maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai digunakan semua peringkat umur.

Beg Recycled PET Bottle ini berharga RM7.90 manakala Beg Out of the Ocean berharga RM13.90 dan ia boleh didapati di cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia.

Menariknya, setiap pembelian beg mesra alam 7-Eleven ini dari sekarang hingga 16 September 2021, RM1 akan disalurkan kepada rakan kerjasama 7-Eleven dalam kempen ini iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project dengan tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mereka.

Pengurus Besar Reef Check Malaysia, Julian Hyde, berkata, “Pencemaran plastik di lautan adalah perkara yang amat serius bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Setiap hari, pasukan kami melihat dengan mata kasar kami sendiri betapa teruk pencemaran marin dimana sisa-sisa plastik ditemui di sepanjang tebing. Selain itu, sisa-sisa plastik juga ditemui melekat di celah terumbu karang dan menggugat sistem rantaian makanan di lautan. Ini adalah isu yang amat membimbangkan. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk mencegah isu pencemaran alam sekitar. Kempen 7-Eleven Malaysia ini adalah contoh yang baik dimana syarikat juga dapat memainkan peranannya dalam usaha membanteras pencemaran marin."

Pengurus Besar Juara Turtle Project, Tom Woodford, berkata, “Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada kepada 7-Eleven Malaysia kerana mengorak langkah permulaan dan memainkan peranan sewajarnya dalam usaha pemeliharan alam sekitar. Kami percaya syarikat-syarikat besar boleh membantu dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Serpihan berasaskan plastik di lautan merupakan ancaman yang besar terhadap kehidupan akuatik dan ini termasuklah habitat dan ekosistem penyu. Kami berharap kempen ini dapat memupuk keprihatinan dan tanggungjawab orang ramai tentang kepentingan pemeliharan kehidupan marin.”

Dalam pada itu, anda boleh menyalurkan bantuan kepada individu, keluarga dan badan amal yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang melalui Kempen “Kotak Putih” yang sedang berlangsung di stor-stor 7-Eleven seluruh negara. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mencuba produk eksklusif seperti kopi HY BTS Special Package, Magnum Chocolate Truffle, Nescafe Gula Melaka, Wonda Masala Spice Coffee dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen Beg Mesra Alam #TrashToTreasure, sila layari www.7eleven.com.my atau laman media sosial rasminya di 7ElevenMalaysia.

Post a Comment

13 Comments