Selalunya apabila hampir menjangkau 2 tahun penggunaan, zip purse akan rosak dan tidak boleh ditutup. PKP 3.0 kali ini Mia beli online di Shopee. Yang simple dan murah. Janji boleh guna dan tahan lama. Seadanya, walau tidak berjenama. Mia akan baca dulu review dari pengguna yang dah beli. Kalau ramai yang kata positif, barulah Mia beli.
Dalam banyak-banyak yang ada kat Shopee, Mia berkenan nak beli yang jenis ini dengan warna watermelon red. Warna yang rare tapi nampak sweet.
Yang lama, warna kelabu. Zip dah tak boleh guna. Memang terburai isi dalam kalau tersalah ambil purse dari dalam handbag. Selepas dah pindahkan isi purse lama ke purse baru... lega dah Mia. Syukur.
** keperluan....
0 Comments