Rakyat Malaysia nampaknya ramai sudah mula mencari jalan bagaimana untuk menghadkan pergerakan. Kita sedia maklum, kenaikan kes Covid-19 di negara kita sekarang ini sangat membimbangkan. Sama seperti orang lain, pastinya ada rasa risau. Tambahan pula virus ini mudah menjangkiti dan tidak nampak pada pandangan mata kasar.
Untuk mereka yang benar-benar ingin bantu hentikan penularan wabak ini, kita boleh cuba cari jalan bagaimana untuk jalani kehidupan dengan cara yang lebih selamat. Dan salah satu daripadanya mungkin dengan cara membeli barangan runcit secara atas talian. Terdapat banyak servis grocery delivery ini seperti perkongsian di bawah ini.
1. Tesco Online Malaysia
Kredit : sleeplessinkl.my
Tesco adalah salah satu pasar raya yang pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan runcit secara dalam talian. Mereka menawarkan slot waktu penghantaran setiap hari dan membolehkan pelanggan untuk membuat tempahan dalam jangka masa 3 minggu lebih awal.
Jika anda bercadang untuk membuat tempahan lebih awal, anda boleh melakukannya melalui laman web Tesco Online dan membeli barang yang anda inginkan terlebih dahulu dan kemudian memilih slot waktu penghantaran yang anda inginkan.
Antara kawasan perkhidmatan penghantaran ini adalah Lembah Klang, Johor Bahru, Seremban dan Pulau Pinang.
2. Jaya Grocer Online
Kredit : klia2.info
Jaya Grocer mungkin merupakan salah satu pasar raya yang terbesar di Malaysia, terima kasih kepada kepelbagaian jenis barang yang ditawarkan di sini. MCO atau tidak, kedai runcit ini selalu dipenuhi oleh pelanggan yang ramai.
Jika anda tidak mahu menunggu barisan yang panjang di kedai Jaya Grocer secara fizikal, maka buatlah pembelian di pasar raya itu secara dalam talian di Jaya Grocer Online. Selain itu, terdapat beberapa barangan yang dijual secara dalam talian yang dijual lebih murah berbanding membeli di kedai secara langsung.
3. GrabMart
Kredit : goodymy.com
Grab akhirnya telah mengembangkan portfolio mereka dan kali ini mereka memasukkan penghantaran barangan runcit di repertoar mereka. Bermula dari sayur-sayuran yang segar hingga ke produk kecantikan dan penjagaan diri. Anda boleh mengharapkan mereka untuk menghantar pesanan anda sambil mengamalkan penghantaran tanpa sentuhan.
Untuk menggunakan perkhidmatan GrabMart, pertama anda perlu memuat turun aplikasi Grab di telefon anda. Selepas itu pilih “Mart”, pilih jenama atau barang sebelum memasukkannya ke dalam troli anda. Setelah selesai, buat pesanan dan anda akan menerima pesanan anda dalam jangka masa 30 minit.
4. AEON Online
Kredit : minimeinsights.com
Walaupun AEON telah menggunakan jalur perkhidmatan penghantaran dalam talian untuk menghantar barang mereka yang terdapat di rak, termasuk jenama daripada AEON Big, AEON Max Value Prime dan juga AEON Supermarket dengan syarat mereka tidak kehabisan stock.
Mereka menawarkan penghantaran pada hari yang sama untuk barang yang mempunyai berat tidak lebih dari 20kg dan jaraknya lebih kurang 10 km daripada cawangan AEON terdekat mereka.
5. Happyfresh
Kredit : happyfresh.my
Happyfresh bekerjasama dengan AEON dan juga Giant untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan mereka. Kini anda dapat menikmati penghantaran pada anda membuat pesanan bermula jam 10 pagi hingga 9 malam pada setiap hari termasuk cuti umum.
Bayaran penghantaran mereka bergantung kepada tarikh penghantaran yang anda minta, ukuran pesanan, lokasi dan juga jarak tempat penghantaran daripada kedai. Sekiranya rumah anda terletak di luar kawasan penghantaran biasa, bayaran tambahan sebanyak RM1 akan dikenakan kepada anda per km.
6. PG Mall
Mengapa keluar merempuh lalu lintas dan tempat letak kereta yang sesak untuk membeli sebungkus susu dan roti sedangkan anda boleh meminta untuk barang anda dihantar ke depan muka pintu anda?
Buat pembelian di antara lebih dari 1000 jenis produk dengan harga yang lebih murah secara dalam talian di PG Mall dan anda juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 50%.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pulangan tunai 3.5% semasa membeli barangan runcit kegemaran anda, dan anda juga boleh menemui fesyen, aksesori dan barang perhiasan yang bergaya untuk lelaki dan wanita serta peralatan rumah di laman web mereka.
7. Pandamart
Selain daripada senarai kedai online untuk beli barangan di atas, ada satu lagi kedai jual barangan runcit sekali penghantaran yang boleh kita gunakan. Namanya adalah Pandamart. Pandamart merupakan kedai barangan runcit yang dibawakan oleh Foodpanda.
Sama seperti servis grocery delivery yang lain, Pandamart juga bagus untuk digunakan. Duduk rumah fikirkan keselamatan diri dan orang lain. Dalam waktu pandemik begini jangan jadi orang yang pentingkan diri dan ingatlah, kita jaga kita untuk keselamatan bersama.
6 Comments
Selalu guna grab, panda & tesco tu ehehhe
ReplyDeletetu la... senang nak beli time-time pkp ni...
Deletenice sharing..banyak medium nak membeli belah ni
ReplyDeleteada lagi sebenarnya, cuma kat sini feature 7 je..
Deletesemua mart2 yg menarik..skg 11 street pun dah xde buat servis ye..lama xdgr beritanya..
ReplyDeletemart2 yang meningkat nama ni... hot sekarang...
Delete