Ramadan 2021 | BUFET ALA BAZAR 28 HARI @ Pulai Springs Resort Johor Bahru

Wahhh.. betapa seronoknya jika dapat berbuka puasa di luar bersama keluarga tercinta atau rakan-rakan yang dikasihi. Mia nak ajak kita semua nikmati kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Springs Resort Johor Bahru yang menawarkan hidangan bufet Ramadan bertemakan 'Bufet ala Bazar 28 Hari' yang akan menghidangkan masakan tempatan dan antarabangsa bermula 14 April sehingga 11 Mei 2021 dari jam 7.00 malam sehingga 9.30 malam.

Selaras dengan tema 'Bufet ala Bazar 28 Hari', terdapat lebih kurang 19 gerai atau 'action stalls' dan lebih daripada 150 juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara bufet di dalam dan di luar restoren Gleneagles Terrace bagi memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka.


Hidangan 'Bufet ala Bazar 28 Hari' yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman-minuman sejuk dan panas. Konsep masakan dari negara Barat dan Timur Tengah juga akan diketengahkan oleh Sous Chef Tom Chef serta pasukan jurumasaknya pada Ramadan tahun ini.


Antara hidangan-hidangan yang diketengahkan oleh chef termasuklah Gulai Kari Kambing 28 Hari yang dihidangkan bersama nasi, raita, papadom, kacang dhall dan sos pudina, Gulai Kawah Rusuk Lembu, Gulai Kawah Kambing, Gulai Patin Tempoyak, Lemang dengan Rendang Ayam Tua, Roti John, Ayam Masak Merah Orang Kahwin, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Steamed Fish Nyonya Style, Black Pepper Mussels, Chilli Prawn serta Sup Power Chef iaitu Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.


Terdapat juga menu-menu makanan lain  yang dihidangkan semasa 'Bufet ala Bazar 28 Hari' termasuklah Asam Pedas Pulai (Ikan Siakap), Mee Kolok Sarawak, Burritos dan Kacang Pol yang dimasak secara 'live' di depan tetamu.


Bagi penggemar hidangan barbeku (BBQ) ada disajikan Kambing Golek, Tandoori Chicken, Honey Chicken, Teriyaki Sausage and Beef Slices yang dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah. Tambahan pula, Sate Ayam dan Daging beserta nasi impit dan kuah kacang turut disediakan.


Pendek kata banyak betul menu-menu di sini sehingga terlalu rambang nak pilih yang mana. Eh! Ada oden-oden di sini iaitu pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran yang dicucuk dengan lidi dihidangkan bersama pelbagai sup. Kerabu dan ulam-ulaman kampung juga disajikan.


Bukan itu sahaja, 'Bufet ala Bazar 28 Hari'menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, potongan-potongan buah, aneka jenis kek, puding, dodol, wajik, jeli, chocolate fountain dan minuman popular di Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake. Di samping itu, pencuci-pencuci mulut lain seperti Serawa Durian, Pengat Pisang dan Coconut Sticky Rice serta minuman-minuman istimewa seperti Teh Ais Dhaka, Katira Ais, Teh Tarikh dan Nescafe Ais turut disediakan.


Jom tengok Mia berbuka puasa di sini bersama Sofea dan Adik Mia pada 16 April 2021. Meriah sangat. Penuh perut ini. Selepas solat Maghrib sambung kudapan lagi. Sangat berbaloi. Sedap sehingga tak terkata.

Para pelanggan dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM95 bersih untuk dewasa dan RM47.50 bersih untuk kanak-kanak. Nikmati tawan eksklusif iaitu dengan setiap pembelian 9 orang dewasa, percuma seorang (promosi 9 + 1).



Tidak perlu bimbang, untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort menyediakan surau untuk solat Maghrib serta parkir percuma.


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07-5212121 atau melalui whatsapp di 016-7332918 (Pengurus Restoren) atau 016-7332919 (Pengurus Bahagian F & B). Untuk tempahan korporat atau secara berkumpulan pula, sila hubungi pegawai Pemasaran dan Jualan di talian 07-5554845. Para pelanggan juga boleh layari laman web http://www.pulaisprings.com





Pulai Springs Resort  
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor Malaysia
Tel : +607 521 2121
Fax : +607521 1818




** Selamat Berbuka Puasa  (^_^)


Post a Comment

6 Comments

  1. Belum boleh move on dengan keenakan makanan di Bufet Ala bazar ni, betul2 bazar yang berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Seri. Sedapnya rasa sampai ke hari ini...

      Delete
  2. Seronok ya dapat buka puasa di sini... banyak pilihan.

    ReplyDelete
  3. kita suka berbuka puasa kat sini tau..semua sedap-sedap belaka

    ReplyDelete