Merancang Percutian Ke Pulau Pangkor

Walaupun sekarang ini kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, tidak salah rasanya kalau ingin merancang percutian ke mana-mana destinasi di Malaysia untuk musim cuti sekolah tahun ini. Selalunya kalau dah biasa tinggal di Johor mestilah nak bercuti ke negeri sebelah utara atau pantai timur. Tapi tahun ini Mia merancang nak ke Pulau Pangkor, Perak. Rasa nyaman dan tenang bila dapat tengok air laut di depan mata. Sofea pula suka naik bot. Sesekali pergi jauh sedikit merantau ke negeri orang, alangkah indahnya. Kata orang, jauh perjalanan luas pandangan.


Mia lebih selesa untuk survey dulu tempat-tempat menarik yang ingin dilawati mengikut bajet yang ada. Kena ambil kira berapa hari nak staycation di sana. Nak lagi mudah dan tidak pening kepala fikir banyak, boleh saja pertimbangkan untuk cuba guna khidmat pemandu pelancong supaya percutian lebih terancang. Sebab kalau nak bercuti jauh seperti ini kena pergi beramai-ramai sekeluarga bersama adik-beradik dan ibu bapa. Barulah meriah dan boleh buat macam-macam aktiviti di sana.


Apa kata kita ambil tahu serba sedikit tentang sejarah Pulau Pangkor. Ada yang kata asalnya nama pulau ini dinamakan sempena nama peneroka asal iaitu Pak Pangkor. Ada juga yang mengatakan asal namanya dari perkataan siam ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau yang cantik. Apa pun pada 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diberi status pulau bebas cukai.


Mula-mula Mia akan kenalpasti terlebih dahulu melalui peta yang seperti ini. Mia akan senaraikan pendek aktviti-aktiviti yang boleh dilakukan iaitu 
  1. Melihat dan menghayati pemandangan laut dari tepi pantai
  2. Mandi laut dan beriadah di tepi pantai sambil bermain pasir
  3. Menikmati pemandangan waktu senja ketika matahari terbenam dan pemandangan waktu pagi ketika matahari sedang mula naik
  4. Menaiki basikal atau motorsikal sewa mengelilingi pulau
  5. Mengambil pakej ronda keliling pulau atau Island Tour dengan van sewa
  6. Aktiviti riadah Jungle Trekking yang mencabar fizikal dan ketahanan diri
  7. Aktiviti snorkeling sambil melihat terumbu karang
  8. Mengambil pakej scuba diving yang sangat mengujakan
  9. Mengambil pakej memancing ikan dan candat sotong di sekitar perairan Pulau Pangkor
  10. Aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tarik dan merasai pengalaman menarik ini
  11. Aktiviti sukan air seperti berkayak, menaiki jet ski atau bot, island hopping dan bermain bola tampar pantai.
  12. Mengambil pakej boat trip keliling pulau
  13. Menaiki Sunset Cruising yang mempesonakan
  14. Menunggang kuda di Pantai Pasir Bogak
  15. Meniti jambatan gantung di Hutan Pasir Bogak
  16. Berkhemah dan memasak
  17. Melawat kampung-kampung di sekitar pulau untuk mengenali tradisi dan budaya masyarakat tempatan.
  18. Melawat Kota Belanda dan Masjid Terapung
  19. Membeli produk hasil laut, coklat, pinggan mangkuk dan periuk belanga

Ada lagi banyak sebenarnya. Tapi ini saja yang disenarai pendek oleh Mia. Bagaimana? Rasa bestnya. Sungguh tak sabar nak pergi staycation di Pulau Pangkor. Paling penting kena pandai pilih nak menginap di hotel mana yang sesuai dengan bajet Mia. Nampak gayanya agak rambang mata nak pilih ni. Banyak betul pilihan hotel dan resort di sini. Bila sahaja tengok dalam peta ini, pilihan terbaik Mia ialah Pangkor Laut Resort di Pulau Pangkor Laut.



Nak lagi seronok dan puas, kenalah menginap lebih lama di sini. Dapat pergi melawat ke semua tempat dan buat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga. Pasti dapat menyegarkan minda dari hiruk pikuk keadaan di bandar. Pengalaman percutian staycation yang sangat berharga dan akan membawa pulang kenangan indah yang penuh makna.


** masa bersama seisi keluarga....


Post a Comment

13 Comments

  1. Rindunya Pangkor.. nanti nak bercuti bermalam di sini laa..
    Dulu pergi tak stay pun, sebab just singgah aje, lagipun masa tu tengah puasa hehehe

    ReplyDelete
  2. time time ni malas nak rancang apa pun :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan... tunggu PKP selesai baru senang nak rancang...

      Delete
  3. Never been there even sy org perak...huhu

    ReplyDelete
  4. kalau kak mia nk tahu apa2 boleh roger shida..shida baru lepas pergi pangkor tahun lepas :) ada up entri juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh.. bestnya shida. kalau jadi, kak mia roger shida nanti.... tq dear..

      Delete
  5. Tak pernah ke sana lagi, mesti best kan..

    Cik TK sejak tahun lepas semua plan cancel, maka malas nak merancang. Takut nanti semua tak jadi lagi. Lepas tu hampa sendiri. Huhuhuuu

    ReplyDelete