Pentingnya Emas Untuk Simpanan Jangkamasa Panjang | Sejak dahulu lagi, semasa kecil kita sudah terdedah dengan pemakaian barang kemas terutamanya bagi kanak-kanak perempuan. Ketika itu, kita tidak tahu kenapa perlu pakai barang kemas ini. Subang atau anting-anting di telinga. Rantai leher beserta loket serta gelang tangan. Mia ingat lagi Nenek Mia berikan rantai leher emas pada Mia sebagai hadiah UPSR manakala Mak Mia berikan cincin emas sebagai hadiah PMR. Semasa itu walaupun harga emas sangat murah berbanding harga sekarang namun ianya dianggap mahal pada ketika itu.
Teringat lagi kata-kata Nenek Mia. "Kita orang perempuan kena pakai barang kemas. Bila dah besar, dah kerja... simpan duit dan juga emas. Kita tak tahu apa akan terjadi di kemudian hari. Emas boleh tolong kita pada masa kita susah dan masa tak berduit. Kalau simpan duit, boleh cepat habis. Kalau simpan duit dalam bentuk emas, emas itu akan ada dan susah nak guna."
Memandangkan Mia ini merupakan cucu sulung, Mia sebenarnya sangat manja dengan Nenek Mia. Banyak yang Mia belajar dari Nenek Mia. Zaman kanak-kanak Mia banyak diluangkan bersama Nenek Mia. Mia nampak bagaimana Nenek Mia berusaha kumpul sedikit demi sedikit duit hasil jual getah dan kelapa sawit dengan beli barang kemas. Setiap kali dapat duit jualan, Nenek Mia akan asingkan duitnya untuk keperluan belanja bulanan dan kepada beli barang kemas. Kami bukan dari keluarga yang senang, jadi perlu lebih usaha untuk dapatkan duit. Arwah Atuk sangat rajin bekerja dan Nenek Mia pandai simpan duit dan barang kemas. Bila Mia dah besar sedikit, Nenek Mia tunjukkan yang dia dah berjaya beli banyak barang kemas untuk simpanan jangkamasa panjang dia. Bila Mia dah bersekolah menengah, Nenek Mia berjaya membeli tanah kebun untuk setiap seorang anaknya dengan menjual semua barang kemas yang telah dikumpul sedikit demi sedikit sejak bertahun-tahun. Nenek dapat banyak untung berlipat ganda sebab masa beli dahulu harga emas sangat murah. Kagum sangat Mia dengan usaha Nenek Mia. Nenek selalu ingatkan Mia, tak perlu takut nak bayar zakat bila simpan banyak emas. Rezeki kita akan lebih bersih dan berkat.
Itulah perkongsian pengalaman Nenek Mia sendiri yang jadi suntikan semangat buat Mia sekarang ini. Tidak salah jika belajar dari pengalaman orang terdahulu. Ia banyak menyedarkan Mia betapa pentingnya emas untuk simpanan jangkamasa panjang. Bukan sekarang tetapi untuk masa akan datang.
Mentaliti setiap orang tidak sama. Ada yang kata "Nak kaya, kena simpan emas". Ada yang kata "Emas mahal, tak cukup modal". Kalau masih beranggapan seperti ini, sampai bila pun kita takkan dapat beli emas. Memang susah nak beli emas namun jika kita tanamkan niat bersungguh-sungguh nak beli emas, tentu boleh. Emas tidak akan menjadikan kita kaya. Tetapi ilmu tentang emas yang menjadikan kita kaya. Sebab bila ada ilmu emas, kita pasti ada matlamat untuk menyimpan emas dalam jangkamasa panjang. Jadinya, kita takkan senang-senang nak jual atau pajak emas untuk tujuan yang tidak penting.
Bila ditanya, simpanan mana yang utama? Emas atau duit? Duit perlu. Emas pun perlu. Kalau tiada duit, pun susah. Nak bayar satu apa pun tidak boleh. Kalau tiada emas, susah kita nak menyimpan untuk jangkamasa panjang. Apa-apa pun ianya bergantung kepada kita. Kalau ada duit, hidup kita senang. Kalau ada emas, masa depan hidup kita akan lebih terjamin.
Begitu banyak kelebihan emas ini. Antaranya :
- Yang paling utama adalah nilai emas semakin lama semakin meningkat kerana harga emas semakin lama semakin mahal. Jadi sangat rugi kalau kita tiada satu pun simpanan emas.
- Emas dapat membantu mengelakkan kita dari jadi seorang boros. Kadang kita ada terbelanja kepada barang kehendak bukan barang keperluan. Di situ saja kita dah terbazirkan duit untuk yang tidak penting.
- Emas boleh dibuat modal pusingan bisnes. Katakan kita nak mulakan bisnes jual rojak petis dan perlukan modal RM500. Kita boleh pajak barang kemas untuk dapatkan duit tunai. Apabila bisnes dah stabil dan ada untung, kita dah boleh tebus barang kemas yang dipajak dan baki untung jualan boleh dijadikan pusingan modal seterusnya. Jadi kita tidak perlu nak meminjam daripada sesiapa untuk dapatkan modal.
- Emas boleh jadi sumber pendapatan apabila kita ada ilmu untuk menjadi trader atau pelabur. Kalau pandai jual beli emas, kita boleh dapat untung darinya.
- Emas boleh ditukar kepada aset lain yang lebih mahal. Contoh yang paling nyata ialah nak beli rumah atau beli tanah. Bagi yang kumpul duit dalam bentuk emas, akan mudah nak beli aset yang lagi mahal. Tidak rugi jual emas untuk beli rumah atau tanah. Sangat berbaloi dan ramai telah praktikkan cara ini dengan jayanya.
Bila difikir kadang tertanya pula mana satu lagi bagus kalau nak simpan emas dalam jangkamasa yang panjang? Jongkong emas atau barang kemas, mana yang lebih baik? Kedua-duanya bagus untuk disimpan. Barang kemas boleh dipakai untuk perhiasan diri. Jongkong emas pula susut nilainya (spread) rendah jika dijual nanti.
Susut Nilai
Barang Kemas >> 25% - 30%
Jongkong Emas >> 6-9%
Mia nak bawa ke satu senario yang paling relevan sekarang ini. Ingat tak? Semasa mula-mula kita semua dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 tahun lepas ketika kerajaan ingin membendung pandemik wabak Covid-19, betapa ramainya orang beratur di kedai pajak gadai (pawn shop) dan ar-rahnu untuk tunaikan barang kemas demi meneruskan kelangsungan hidup ketika itu. Tidak semua bernasib baik. Ada yang hilang pekerjaan dan ada yang kehilangan ahli keluarga. Situasi yang tidak pernah dijangka dan ianya berlaku secara tiba-tiba tanpa kita bersedia. Ketika ini ekonomi negara sangat menjunam teruk. Kalau tiada simpanan bagaimana?
Beberapa keratan akhbar yang menunjukkan betapa pentingnya perlu ada emas untuk simpanan jangkamasa panjang. Sekurang-kurangnya, emas dapat bantu kita semasa kita kesusahan. Tidak kiralah sama ada kita jual atau pajak pada masa itu.
Takkanlah nak beli semasa harga emas sedang murah. Susah nak jumpa harga emas yang murah kalau tiada promosi besar-besaran. Akan datang emas juga akan semakin mahal. Kalau beli sekarang dengan harga emas mahal pun tidak mengapa. Sebab kita beli bukan untuk dijual. Kita beli untuk simpanan jangkamasa panjang. Kalau jual atau gadai pun pasti untuk sesuatu yang sangat penting. Bukan suka-suka. Jangan fikir sekarang. Fikirkan masa yang akan datang. Adakah kita bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku di kemudian hari? Adakah sanggup kita hidup susah nanti? Bagaimana pula dengan keluarga kita nanti?
Nampak bukan? Purata harga emas pada tahun 2000 ialah RM35 segram. Tetapi pada tahun lepas sudah menjadi kepada RM270 segram. Bayangkan kalau dari dulu kita dah ada simpanan emas, sekarang nilainya dah semakin mahal dan jika dijual dapat banyak sangat untung. Jadi, jika kita pilih emas untuk simpanan jangkamasa panjang, ianya adalah lebih terjamin.
Setelah mengetahui betapa pentingnya emas di kala ini. Kita sudah tidak perlu nak sangkal lagi pernyataan ini. Semua orang mampu miliki emas. Bak kata orang, sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Masih tidak terlambat untuk mulakan dari sekarang.
Untuk makluman semua, Public Gold menyediakan akaun simpanan emas jongkong emas serendah RM100. Ia membantu kita untuk kumpul dulu sedikit demi sedikit secara konsisten di dalam akaun emas GAP di mana apabila telah cukup gram yang dikehendaki, kita boleh keluarkan emas fizikal. Nak beli sekelepuk, agak sukar. Jadinya, dengan cara sebegini semua orang mampu beli emas. Belian boleh dibuat secara online, bila-bila dan di mana saja asalkan ada capaian internet ke atas akaun GAP tersebut.
Syikin Dahlan | PG 00107618
Nak simpan emas. Tetapi tidak tahu bagaimana caranya?
Sila hubungi perunding emas Syikin Dahlan di SINI.
12 Comments
Emas memang salah satu pelaburan jangka panjang yang amat bagus...tq info..
ReplyDeletehttps://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html
haah.. thanks ya....
DeleteSimpanan wang seeloknya berapa bulan gaji? 3 bulan atau 6 bulan?
ReplyDeleteBeli emas memang best... kalau ada rezeki memang nak simpan emas juga...
kalau wang.. 3 bulan gaji untuk emergency. boleh tu nanti nak simpan emas, pelan-pelan...
DeleteAbam kie pun menyimpan emas di GAP. Sikit je ada.
ReplyDeletewahhh.. terbaiklah abe kie...
Deletesekarang baru belajar nak simpan emas. hehe
ReplyDeleteboleh tu... nanti lama-lama jadi banyak...
Deleteemas ni satu pelaburan yg bagus. bila nak start pun tak tahu..hehe
ReplyDeletebtw nice sharing mia :)
Betul tu. emas sangat bagus untuk jangka panjang. mungkin mase depan kite memerlukan cash dan time tu boleh cairkan emas.. :)
ReplyDeleteDua-dua kalau boleh kena ada. Simpanan terutama untuk emergency dan juga emas. Emas ni nanti harga akan makin naik. Jadi ianya satu pelaburan yang bagus.
ReplyDeleteMak pun selalu pesan untuk simpan emas tapi sedih bila hilng semua sebab lalai
ReplyDelete