Menginap Di GBW Hotel Johor Bahru | Wahhh... bestnya. Di entri ini Mia nak kongsikan pengalaman menginap di GBW Hotel Bahru pada 18 September 2020. Ala... saja pergi bercuti di hujung minggu dengan Sofea dan Adik Mia. Maklumlah, walaupun hanya di dalam kawasan Johor Bahru tetapi apa salahnya sesekali kena juga jalan-jalan menginap di hotel. Rehatkan diri dari kerja dan sekolah. Kita luangkan masa dan ceriakan diri di sini. Kalau nak tahu, GBW Hotel ini dulu dikenali dengan nama Grand BlueWave Hotel.
Jom tengok review dari Mia. Seronoknya rasa dapat bercuti di sini.
Wajib selfie di depan GBW Hotel sebagai kenangan
Persekitaran lobi hotel.
Check-in hotel. Mesra dan peramah staf hotel.
Mia menginap dua hari satu malam di Bilik Premier Room. Besar dan luas biliknya. Ruang tamu dan ruang dapur berasingan dengan bilik tidur. Sangat sesuai untuk seisi keluarga terutamanya mereka yang berkeluarga besar. Boleh muat tilam angin atau toto sendiri.
Premier Room - Size: 66.3 sqm.
The Premier Room is truly a chance to take a luxurious break. Flaunting additional conveniences, this room offers guests with the latest facilities and amenities, putting everything you’ll need within arm’s reach.
Bilik Premier Nombor 1806 di tingkat 18.
Bersantai di sofa kat ruang tamu.
Pandangan ruang tamu dari pelbagai sudut.
Senang nak buat kerja kat laptop di ruang tamu.
Masuk bilik saja akan lalu ruang dapur yang lengkap dengan microwave dan perkakasan dapur untuk masak.
Lembut dan empuknya tilam ini. Seronok baring atas tilam sambil tengok tv.
Ruang bilik tidur yang dilengkapi dengan katil king, almari, cermin, meja dan kerusi serta tv di dinding.
Almari dilengkapi dengan sejadah untuk solat, peti besi dan peralatan menggosok baju.
Sudut meja comel di ruang bilik tidur.
Bilik air yang bersih dan dilengkapi dengan hair dryer dan bath tub.
Menghayati pemandangan malam dari dalam bilik. Indahnya cahaya menghiasi kota metropolitan Johor Bahru.
Keesokan paginya, kami bersarapan di D' Mezzanine Restaurant di tingkat 2. Hidangan menu pelbagai Buffet Breakfast dengan penggunaan disposable glove sebagai langkah pematuhan SOP. Antara menu yang disajikan ialah bubur nasi, nasi lemak, mee goreng, sayur, baked bean, kentang goreng, salad, buah-buahan dan aneka roti.
Pelbagai menu disajikan. Jemput makan ya...
Masih belum ramai lagi yang bersarapan sebab kami turun pukul 7.15 pagi.
GBW hotel ada memberikan kemudahan swimming pool dan gym di tingkat 7. Bolehlah beriadah di sini bersama keluarga. Rasa tenang dan nyaman dengan pemandangan luar yang menarik.
Sebagai langkah pematuhan SOP, perlu daftar terlebih dahulu di kaunter reception dan mengikut jadual yang diberikan. Untuk penggunaan swimming pool, dibenarkan maksima hanya 15 orang sahaja dalam satu slot manakala untuk penggunaan gym hanya dibenarkan 3 orang sahaja dalam satu slot. Ada swimming pool untk dewasa dan kanak-kanak.
Suasana di swimming pool.
Suasana di gym.
Sekejapnya masa berlalu, rasa macam tak puas dan nak duduk lama di bilik Premier ini. Sebelum balik dan check out sempat snap di tingkap bilik berlatarbelakang pemandangan luar yang cantik di kala waktu sebelum tengahari.
Sambil menunggu Mia check out, Sofea dan Adik Mia minum fresh orange juice menu welcome drink di lobi.
Kebetulan Mia nak war-warkan ada promosi pakej penginapan 2 hari 1 malam untuk Deluxe Room dengan kadar harga dari RM140.00. Promosi ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2020. Free Buffet Breakfast dan Set Dinner. Sangat berbaloi.
Tak rugi kalau bercuti di GBW Hotel. Jika ada kelapangan datang ke bandar Johor Bahru, jom menginap di sini.
GBW Hotel Johor Bahru
9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tel: 607-221-6666
Fax: +607-222-9473
Email: info@gbwhotel.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/gbwhotel
Website : https://www.gbwhotel.com.my
14 Comments
wah, bestnya bersantai dengan keluarga
ReplyDeletememang best juju.. jomlah...
Deletemenarik
ReplyDeletethanks ya anum...
DeleteLuasnya bilik premier ini mia. Sonok anak-anak nie boleh main seek n hide 😊
ReplyDeletehaah.. memang luas. boleh golek-golek dan lari-lari dalam ni....
Deletebathtub tu best nyaa!nak main bathboom dlm tu hehehe
ReplyDeletekan... memang best sangat tu...
Deletemenarik ni,.. ada kolam renang, pemandangan waktu malam pun best
ReplyDeletememang best eda.. leh bawa budak mandi swimming pool...
DeleteSeronokkan dan selesa sangat.. Suami Sis pun kata dah macam homestay besarnya bilik Premier ni kann...
ReplyDeletehttps://www.sislin76.com/2020/10/pertama-kali-menginap-di-gbw-hotel.html
haah.. memang seronok sis...
Deletewowwwww....besoo ehkk bilik nyee..selesa sgtt bawak fmily check in sini..
ReplyDeletehaah... jom lah ke sini ain....
Delete