Mana nak tuju kalau tekak nak merasa makanan korea pula? Sedap dan mengenyangkan. Mia nak cadangkan cubalah nikmati Dookki Korean Topokki Buffet, hidangan 2 menu makanan, iaitu Topokki Hotpot dan Kimchi Fried Rice dalam masa 90 minit. Restoren Korea ini terletak di dalam R & F Mall Johor Bahru.
Barley Tea
Topokki adalah Makanan Tradisional Korea. Ia dianggap sebagai makanan jalanan pada masa lalu. Walau bagaimanapun, Topokki kini disajikan di restoran dengan perkhidmatan berkualiti tinggi. Dookki bermaksud "2 hidangan menu makanan" dalam bahasa Korea. Bercirikan konsep asal dari Republik Korea Selatan, Dookki Korean Topokki Buffet disediakan dengan cara tersendiri dan boleh dinikmati bersama dengan rakan-rakan dan seisi keluarga.
Rambang mata nak pilih. Macam-macam ada.
Glass Noodle, Yee Noodle, QQ Noodle dan Ramyeon.
Korean snack.
Bahan-bahan menu Kimchi Fried Rice dan pilihan sos.
Pakai sarung tangan dahulu sebelum mengambil makanan.
Pelbagai pilihan sos yang disediakan antaranya Dookki sauce, Topokki sauce, Flame sauce, Jajang sauce, Gunjung Sauce dan Chicken Soup sauce. Boleh juga pilih sama ada nak spicy, non-spicy atau kimchi base.
Jom tengok review Dookki Korean Topokki Buffet, hidangan 2 menu makanan dalam masa 90 minit.
Adult : RM35.80 nett
Child : RM18.80 nett (110cm-140cm)
Ala Carte :
Double Cheese Ring RM16.80nett
Snow Cheese RM9.80net
Brochure Dookki Korean Topokki Buffet
Hidangan Pertama - Topokki Hotpot
Pilih semua bahan-bahan Topokki dan sos yang dikehendaki.
Masukkan ke dalam hotpot dan masak sehingga mendidih.
Topokki Hotpot dengan added on Double Cheese Ring.
Sedapnya... Jemput makan.
Hidangan Kedua - Kimchi Fried Rice
Masukkan 4 bahan utama iaitu seaweed, corn, kimchi dan chicken luncheon meat.
Campurkan dengan sos pilihan sama ada nak spicy, mild spicy atau non spicy.
Dimasak di atas hotpot.
Kimchi Fried Rice yang telah siap sedia untuk dimakan.
Hidangan Snack - Finger Food
Antaranya Korea Fish Cake, Korea Fried Chicken, Rice Ball, Japchae dan Emouk.
Cerianya kami selepas menjamu selera Dookki Korean Topokki Buffet. Serius sedap dan kenyang perut ini.
Sesekali bertukar selera ke menu masakan Korea pula apa salahnya. Sedap pun sedap. Rugi kalau tak mencuba. Jika ada berdekatan dengan R & F Mall, boleh singgah makan di sini.
Promotion : Lunch Special (Adult) RM29.80 net/pax | Student Special (Show Student ID) RM27.80 net/pax
Dookki Malaysia Johor Bahru
R&F Mall
Lot 1-117& 1-118
1, Jalan Tanjung Puteri
80300 Johor Bahru, Johor
Dibuka pada Isnin sehingga Khamis
11.30 pagi sehingga 4.30 petang
Facebook :
https://www.facebook.com/mydookki
Instagram :
https://www.instagram.com/mydookki
14 Comments
Tiba-tiba rasa lapar tengok entry ni... Haha...Adeh...
ReplyDeletejom makan.. hahahah...
Deleteaduh teringat dekat seoul garden..lama sudah tak makan
ReplyDeletemakanan korea...ermm sedapnya!
haah kan...
Deletemia ada citer makan2 kat seoul garden di entri https://www.mialiana.com/2018/04/makan-makan-kat-seoul-garden-plaza.html
Kalau ada rezeki,nak juga rebut peluang harga promosi tu. Korean food memang sedap! Menunya pun pelbagai.
ReplyDeletekan... rugi tak rebut harga promosi ni...
DeleteAdoii sedapnyaaa!!! Oh ada juga kat IOI Putrajaya ye? Ada kesempatan nanti boleh la saya singgah!
ReplyDeletehaah.. sana pun ada juga. leh ke sana ya...
Deletesedapnya menu yg kak mia makan tu, teringin pulak saya nk merasa :)
ReplyDeletememang sedap shida... tq ya..
Deleteahhhh sedappp sekaliiiii!!! nanti nak pergi jugak lah!
ReplyDeleteajommmm... sunah... yukk..
DeleteSedap btol fishcake tu. Cecah plak dgn cheese memang mantap
ReplyDeletehaah... tersangat mantap dah tu....
Delete