Baru Nak Guna Savonn Magic Serbuk Pencuci Pakaian Serbaguna

Cadangan dari Mak Mia untuk gunakan sabun basuh pakaian serbaguna ini, Savonn Magic. Katanya bagus dan jimat untuk cuci pakaian. Bersih pun ya. Selama ini Mia gunakan Daia yang warna kuning tu. Tak salah kalau nak mencuba.


Sebelum balik ke Johor Bahru petang tadi, Mia singgah beli kat Kedai Dobi Al-Hijrah, Taman Universiti, Parit Raja. Beli dua terus. Harganya RM18 sepek. Moga serasi guna ni.

Mia pilih yang warna hijau ini, haruman cempaka ori. Rupanya ada 5 in 1 kegunaannya.
  1. Menghilangkan kotoran degil.
  2. Melembutkan pakaian.
  3. Haruman berpanjangan.
  4. Pemutih oxi bleach
  5. Anti bakteria


** first time nak guna malam ni... nak cuci baju kotor kat mesin...






Post a Comment

6 Comments

  1. LeYa memang dah sebulan lebih gunakannya sebelum ia viral. Tu pun rekomen by makcu LeYa.. Memang bersih... Lagi-lagi kalau cuci pakaian putih.. Memang bersih

    ReplyDelete
  2. Ramai suggest sabun ni kalau masuk groul bersih membersih ni. Tapi tak berjaya la nak cuba. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tu yang terpengaruh ni. asalkan berkesan... mia ok je ni...

      Delete
  3. Kinah pun nak cari jugak sabun ni untuk cuci baju putih yang dah lama simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kat dlm shopee... baru tengok banyak pula seller yang jual ni...

      Delete