Wahhh.. rasanya masih belum terlambat lagi untuk Mia kongsikan trending set menu makanan terbaru dan terhangat dari Marrybrown ketika ini, Salted Egg atau Telur Masin yang sedang famous amous sekarang ini. Sesiapa yang belum rasa lagi, marilah kita cuba makan menu baru ini di Marrybrown yang terdekat dengan anda. Pasti anda akan terpikat dengan keunikan rasa kerangupan yang mengujakan dengan limpahan sos telur masin yang egg-stra padu! Terbaik sangat ni dan yang paling penting sekali, ianya halal dimakan oleh orang muslim. Tanpa was-was.
Nah! Berita gembira buat semua penggemar burger dan ayam goreng di luar sana. Ada dua pilihan sama ada nak nikmatinya sos telur masin hebat ini dengan burger atau pun dengan ayam goreng. Tidak perlu susah nak cari menu yang ada telur masin di luar sana. Manalah tahu kalau-kalau ada yang mengidam. Kini dah tersedia dengan enaknya di Marrybrown.
Hmmmm.. tiba-tiba terasa lapar pula. Tengok poster ini pun dah terasa begitu menyelerakan apatah lagi bila dah ada menu seperti ini di depan mata. Mak aiii.. Baunya pasti menambat hati. Rasanya tidak sempat nak pandang kiri atau kanan, terus ngapp dan makan saja. Perut pun kenyang. Hati pun senang. La.. la.. la.. la..
Jom kita review menu hot Egg-Stra Padu Salted Egg Meal dari Marrybrown. Didatangkan khas dengan pakej Kombo Salted Egg Burger dan Kombo Salted Egg Ayam. Sangat menepati citarasa dan selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa tidak kira dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa. Semua boleh rasainya.
Menu yang simple dan pastinya jadi pilihan ramai. Kombo Salted Egg Burger dengan harga dari RM15.00 termasuk side order French Fries (Regular) dan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea (Regular). Kalau pilihan menu yang ini, Sofea lah orang yang paling suka sebab senang nak makan burger katanya. Terurus dan tidak berkecah. Mudah dimakan di mana-mana dan bila-bila masa. Satu lagi menu ini best katanya sebab ada favourite dia.. iaitu kudapan kentang goreng. Sekejap je makan dah terus licin. Itu jam juga habis. Tak perlu nak simpan untuk dimakan kemudian. Nampak bukan? Betapa sedapnya bila dah cuba rasa makan menu ini. Sedar tak sedar. Tahu-tahu je semuanya dah masuk dalam perut.
Menu yang agak berat dan mengenyangkan. Kombo Salted Egg Ayam pula dengan harga RM18.80 (3 ketul ayam) dan RM15.90 (2 ketul ayam) termasuk side order Mashed Potato (Regular), Vegetable Salad (Regular) dan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea (Regular). Nak tahu tak? Mia lebih suka pilih menu ini, boleh kongsi makan bersama dengan Sofea. Mia kalau makan seorang takut tak habis pula nanti. Nak-nak ada kudapan kentang dan sayuran. Satu hidangan yang cukup menarik dan lengkap dengan nutrisi yang pelbagai.
Sungguhpun begitu, terkadang tidak semua dari kita dapat menyediakan dan memasak menu masakan telur masin seperti ini dengan sempurna di rumah atau pergi ke luar untuk menjamu selera. Acapkali terasa.. ala.... jauhlah. Malasnya nak keluar rumah. Lecehlah nak drive ke Marrybrown. Susahlah nak dapat tempat parking nanti. Itulah lumrahnya kehidupan ini. Adalah lebih mudah jika kita dapat menggunakan perkhidmatan Online Food Delivery FoodPanda Malaysia untuk memenuhi keperluan selera kita.
Jangan lupa, dalam dunia yang serba-serbi penuh dengan teknologi maklumat ini, anda boleh lakukannya di hujung jari anda sendiri. Asalkan ada capaian akses ke internet. Tak kiralah guna smartphone ke.. tablet ke.. pc ke.. laptop ke... Hanya sekadar membuat pesanan makanan anda secara dalam talian dan makanan itu akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Pilihan yang sangat bijak dan menjimatkan di kala ini.
** adoi... Mia melting terus dah ni. Kalau bab review menu makanan, kita yang mengarang ini pun dah kecur teringat-teringat masa makan tempoh hari. Lagi-lagilah yang membaca artikel ini, pasti terpaut ketat dengan olahan ayat dari Mia. Peace...
12 Comments
wah dah lama nampak promo ni tapi belum menyempat nak try. huhu
ReplyDeleteoh takpe misya...
Deletewahh menu baru kat MB..kalau tempat shida mmg kena guna food panda sbb MB kat tempat shida dalam zoo je huhuu..
ReplyDeletealolo... ok tu food panda aje...
DeleteSaya belum mencubanya lagik! Ya hampunnn, sedap banget kelihatannyaaa! Kena try gak nih nanti!
ReplyDeletewajib cuba ni nona...
DeleteWahhhh.. sedap ni.
ReplyDeletejom makan marrybrown...
DeleteKami ada tgk orang buat mukbang makan ni dlm Utube. Macam best je nampak
ReplyDeletememang best han...
DeleteEma order salted egg powder kat Shopee....
ReplyDeleteBila masak, tak terasa pun masin
Dah hypotonic agaknya
kalau dah selalu makan... dah tak terasa sangat masinnya...
Delete