Peluang Bisnes Proses Ayam



Industri ayam segar merupakan salah satu pemacu utama ekonomi Malaysia. Setiap hari orang akan makan ayam yang sudah menjadi sumber protein yang paling murah.  Permintaan ayam segar di Malaysia dianggarkan sebanyak 10 juta ekor setiap hari, tetapi pengeluaran di Malaysia tidak mencapai kuantiti sebanyak itu. Kerajaan terpaksa mengimport ayam dari negara luar bagi memenuhi permintaan di dalam negara.

Modal yang kecil, risiko tidak terlalu besar. Jika dibandingkan dengan perniagaan ikan, daging dan sayur, perniagaan proses ayam segar sangat berpotensi untuk diceburi.


Pembekal Mesin Proses Ayam Segar

Mataf Industries menjual dan membekalkan pelbagai jenis mesin proses ayam segar yang berkualiti dengan jaminan 6 bulan. Sekiranya anda berminat untuk membuat perniagaan proses ayam segar, Mataf Industries sedia membantu anda. Berikut adalah jenis-jenis mesin yang ditawarkan :




Mesin Cabut Bulu Ayam (1-3 Ekor)


SPESIFIKASI
MODEL: MT-FF17
TANK DIAMETER: 17”
CAPACITY: 1-3 BIRDS
POWER: 750w
DIMENSIONS: 61x74x102cm
WEIGHT: 61.5kg

Link:




Mesin Cabut Bulu Ayam (5-8 Ekor)


SPESIFIKASI
MODEL: MT-FF22
TANK DIAMETER: 22”
CAPACITY: 5-8 BIRDS
POWER: 750w
DIMENSIONS: 61x74x110cm
WEIGHT: 64kg

Link:




Mesin Cabut Bulu Ayam (12-15 Ekor)



SPESIFIKASI
MODEL: MT-FF26
TANK DIAMETER: 26”
CAPACITY: 12-15 BIRDS
POWER: 1500w
DIMENSIONS: 81x76x109cm
WEIGHT: 105kg


Link:




Mesin Cabut Bulu Ayam (15-18 Ekor)



SPESIFIKASI
MODEL: MT-FF30
TANK DIAMETER: 30”
CAPACITY: 15-18 BIRDS
POWER: 1500w
DIMENSIONS: 91x89x109cm
WEIGHT: 113kg

Link: 




Cara Kerja Mesin Pencabut Bulu Ayam

Untuk memudahkan proses pencabutan bulu ayam, setelah ayam disembelih, masukkan ayam ke dalam Mesin Rebus Ayam. Kemudian tunggu sebentar, lalu masukkan ke dalam Mesin Pencabut Bulu Ayam.

Setelah ayam dimasukkan ke dalam tabung pemutar (mengikut kuantiti bedasarkan spesifikasi mesin), ayam akan diputar dalam tabung pemutar. Kemudian getah pada mesin di dalam tiub akan berfungsi untuk menanggalkan bulu. Hasil pemprosesan menyebabkan bulu ayam akan tertanggal dari kulit dan kemudian dipisahkan dan dibersihkan dari sisa kotoran.




Mesin Potong Ayam


Digunakan untuk memotong daging ayam menjadi beberapa bahagian. Proses pemotongan daging ayam menggunakan orbital cutter. Pengendalian mesin ini sangat  mudah dan praktikal boleh menjimatkan masa dan tenaga dalam proses pemotongan ayam berbanding dengan cara manual menggunakan pisau.


SPESIFIKASI
MODEL: MT-TF201
DIMENSIONS: 46x74x61cm

Link:



Mesin Rebus/ Celur Ayam/ Poultry Scalding Machine


Mesin ini digunakan untuk mempercepat dan memudahkan dalam proses merebus ayam yang telah disembelih. Hasil rebusan ayam sangat memuaskan dan mudah dalam pemprosesan daging ayam segar.

SPESIFIKASI
MODEL: MT-CS01
DIMENSIONS: 76x101x173cm

Link:




Strategi Perniagaan Proses Ayam Segar




Berikut adalah beberapa strategi yang boleh anda praktikkan

1. Sediakan kelengkapan yang diperlukan
Salah satu elemen kejayaan yang penting adalah anda tahu di mana untuk mendapatkan kelengkapan mesin, bahan mentah dan sumber lain yang diperlukan. Elakkan dari membuang masa untuk mencarinya, anda boleh mendapatkan kelengkapan seperti Mesin Potong Ayam, Mesin Cabut Bulu Ayam dan Mesin Rebus Ayam daripada Mataf Industries, layari www.mataf.my atau www.usahawaniaga.com untuk melihat senarai mesin yang ditawarkan.


2. Menjalin hubungan baik dengan penjual lain
Menjalin hubungan baik dengan penjual lain akan menambah nilai pasaran untuk penjualan ayam segar anda. Sekiranya hubungan itu baik, perniagaan juga akan berjalan lancar. Kadang-kala jika pelanggan datang ke salah seorang penjual ayam, tetapi bahagian ayam yang dicari tiada, biasanya penjual akan merujuk pelanggan tersebut ke tempat anda.


3. Beri harga yang sedikit murah
Ingat, jual dengan harga yang sedikit murah. Lebih baik stok habis terjual daripada mendapat keuntungan tetapi stok masih banyak. Sekiranya ayam sudah mulai busuk ia mesti dijual dengan harga yang lagi murah. Ayam busuk boleh dijual semula dengan harga yang sangat-sangat rendah yang sudah tentu merugikan anda sebagai peniaga. Biasanya pembeli akan membeli ayam busuk untuk makanan ikan. 


4. Lokasi penjualan
Selain memilih tempat yang strategik. Perhatikan juga kebersihan tempat tersebut. 


5. Jaga hubungan baik dengan semua orang walaupun bukan pembeli
Sekiranya seseorang tidak membeli ayam segar yang anda tawarkan, itu tidak bermaksud bahawa merekalangsung  tidak akan membelinya. Pastikan anda terus berhubung dengan orang yang belum membeli produk dari anda, mereka mungkin mengesyorkan anda kepada seseorang yang akan membeli produk anda.




Ikon Usahawan Perniagaan Ayam Segar

Pernah dengar jenama “Ayam Bismi”? Ikuti kisah En Jaffri Ahmad dan Puan Mazlina Kamarudin dari Bismi Cergas Sdn Bhd dengan kejayaan jenama “Ayam Bismi” dengan pengeluaran 1,000,000 ekor sebulan, pelopor industri ayam segar halal di Malaysia. 

Kisah Wan Azizah Wan Salleh  Pengasas  Ziza Ayam Proses yang bangkit dengan modal RM500 kepada purata jualan berjumlah jutaan ringgit, baca kisah inspirasi beliau di sini: https://www.mypks.com.my/sektor-perniagaan/kisah-jutawan-ayam-segar-wan-azizah




Sekiranya anda memerlukan maklumat mengenai Mesin Proses Ayam Segar untuk perniagaan anda, hubungi kami segera.


Alamat Perniagaan:
MATAF INDUSTRIES
180-G, Jalan Lavender Heights 5, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
H/P: 019-6070004


Layari:



Post a Comment

7 Comments