Beli Panasonic 2.0kg Non-Stick Dry Iron NI-25AW

Masuk saja tahun baru 2020, Mia dah plan nak beli iron (seterika) yang baru dan berat. Apa tidaknya iron yang lama, Mia beli yang biasa punya dah makan 2 tudung Mia sampai berlubang.

Jenis yang dah lama guna, yang melekat-lekat. Pantang tersilap suhu panas, boleh terkorban kain yang digosok. Kena lebih hati-hati.

Bukan suka nak shoppping tapi dah memang keperluan. Kena beli juga. Mia beli yang baru di Shopee. Selesa dan mudah beli online kat situ.


Pilihan Panasonic 2.0kg Non-Stick Dry Iron NI-25AW yang berwarna pink. Sanggup tunggu stok pink available dari seller.


Harganya sangat berbaloi.


Selepas ini, kerja-kerja menggosok pakaian akan jadi lebih mudah. Hari-hari guna iron. Alhamdulillah....


Post a Comment

8 Comments