Restoren Ottoman Turkish Istanbul Cuisine dibuka di Horizon Hills, Johor Bahru merupakan restoren makanan Turki yang pertama di Johor. Cukup menyelerakan dengan sajian tradisi dan resepi asli dari sana buat rakyat Johor. Ada lebih 60 menu jenis masakan Turki yang disajikan di sini. Memang rambang mata kalau nak pilih yang mana satu untuk dimakan. Serius... sedap dan mengenyangkan.
Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam restoren ini, Mia cukup teruja dengan dekorasi yang berkonsepkan ala-ala Turki dengan penataan cahaya yang kelam tetapi cantik menerangi setiap sudut di dalam restoren.
Di hadapan restoren.
Buat tempahan untuk makan di sini kerana tempat sangat terhad.
Menjamu selera dengan Sofea. Airan, sejenis minuman tradisi yogurt Turki. Rasanya unik.
Mangal Salata, Fasulya, Acili Ezme, sos Humus dan salad Hellim Izgara. Makan sambil cicah dengan roti Ekmek, homemade bread.
Menu yang sedap-sedap belaka antaranya Sup kambing Kurban Qorba, popia Sigara Boregi
Sajian Firin Beyti Kebabi, vegetarian capsicum Bibel Dolma, beef stew Istabul Guvec, grilled lamb dan yogurt Ali Kebabi, crunchy pizza Lahmacun Dana & Peynir, set mixed grilled platter Istanbul Ozel Karisik Izgara dan menu Sultan Pilav (nasi kuning pre order 2 jam terlebih dahulu)
Penghasilan kopi Turki yang begitu tradisional. Dimasak di dalam sand box. Wajib cuba kopi ini.
Dessert Batlava, Sutlac dan pastri manis Kunefe.
Pendek kata... memang puas dapat merasa dan review makanan Turki yang pelbagai menu ini bersama rakan JDT Blogger yang lain. Terima kasih atas jemputan review ini.
Recommended dari Mia. Jemputlah datang ke sini dan pasti akan berpuashati dengan layanan mesra yang diberikan.
Istanbul Ottoman Turkish Restaurant
Istanbul, No 7, Jalan Hijauan 3, Horizon Hills, Johor Bahru, Johor.
Hubungi :
07 509 5484 atau Whatsapp 016-761 5824
Waktu Operasi :
Makan tengah hari | 12.00 tengahari hingga 3.00 petang
Makan malam | 6.00 petang hingga 11.00 malam
Facebook :
2 Comments
nampak sedap. Restoran pun cantik. Thanks share kak Mia. Kalau ke JBlagi bolehla singgah
ReplyDeletesama-sama.. nanti datang sini singgah lah ya... sedap tau..
Delete