Nak Beli Rumah? Nak Jual Rumah?

Rumah. Hartanah yang sangat susah ingin dibeli. Tetapi nilainya semakin naik saban tahun. Kena melalui proses yang pelbagai. Kena ada banyak duit baru boleh beli (deposit, yuran guaman, yuran ejen hartanah dan lain-lain jika ada sekatan). Tak mampu nak beli. Mampu menyewa. Ada rumah, nak jual, tapi tiada siapa nak beli. Tak tahu caranya. Inilah realiti yang berlaku di sekeliling kita.

Rumah satu keperluan asas hidup yang penting. Tidak ada rumah, nak tinggal mana? Tidak kisahlah sama ada menyewa atau tinggal di rumah sendiri. Takkan nak merempat di jalanan? Hidup tidak akan selesa dan akan sentiasa susah. Kena usaha pertingkatkan gaya hidup dengan mempunyai kerjaya tetap yang boleh menyara seisi keluarga dan juga mampu membayar sewa rumah atau beli rumah.

Bila menyewa, takkan selamanya ingin menyewa dan berpindah-randah. Berangkut barang ke hulu ke hilir. Sangat melecehkan. Bayar sewa rumah bulanan ibarat kita tolong bayarkan hutang bulanan bank untuk tuan rumah tersebut. Untungnya jadi tuan rumah. Rumah sewa bukan hak kita. Timbullah keperluan untuk membeli rumah sendiri.  Sampai bila nak menyewa? Umur semakin lama semakin lanjut. Masa depan macam mana....




Ada rumah.... nak jual. Nak pakai duit. Takkan nak tanya orang sana sini. Ada sesiapa nak beli rumah? Mana nak cari orang? Ada ke orang nak beli rumah kita? Kalau ada orang, macam mana caranya nak terangkan satu-satu. Nak tengok kelayakan gaji pembeli, mampu ke tidak? Pinjaman bank mana, tak tahu boleh lulus ke tidak? Pembeli ada banyak komitmen ke? Tak ada komitmen pun, bank tak pandang. Peningnya... macamana.....

Banyak sangat berfikir. Hari ke sehari. Bulan ke bulan. Lama-lama tertangguh dan tidak menjadi. Nak beli rumah, sampai bila tidak akan dapat beli rumah. Nak jual rumah, lama-lama tak terjual. Hasrat terpendam begitu saja. Sedih kan?

Memandang kepada pelbagai sudut perspektif di atas, di sini ejen perunding hartanah memainkan peranan penting dalam membantu proses membeli atau menjual rumah sehingga selesai dengan pihak bank dan pihak guaman. Cari ejen perunding hartanah yang bertauliah untuk membantu kita. Kerana mereka ini telah diajar secara komprehensif dengan kursus dan latihan, selok-belok segalanya tentang proses jual beli sewa rumah, kedai dan tanah dari segi undang-undang yang sah.





Jika anda sedang mencari rumah untuk dibeli atau anda ingin menjual rumah, sila hubungi ejen Perunding Hartanah Nabilah,  https://nabilahhartanah.wasap.my



Post a Comment

5 Comments

  1. Terima kasih Kak Mia atas sharing ni. Sedikit sebanyak boleh membantu sesiapa yang tengah fikir untuk pelaburan hartanah :)

    ReplyDelete
  2. so far beli rumah second je,hehehe..ikut cara parents suami lepas pencen duduk rumah baru sbb keje gov pindah randah kan. rumah skarang aset untuk dijual akan datang. tq sharing info untuk dptkan nasihat yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... beli rumah second pun ok.. thanks ena..

      Delete