Kisah viral dari Facebook Khairul Nizam. Siapa sangka di sebalik kejayaan JamuMall.com, pengasasnya seorang yang berstatus OKU hanya mampu menggerakkan 3 jari tangannya. Moga perkongsian di blog ini akan dijadikan sumber inspirasi buat semua.
Khairul Nizam... Berstatus OKU dengan kecacatan ketidakupayaan fizikal, berjiwa besar dan bersemangat kental demi mencapai impian. Kagum dan amat menyentuh hati bila Mia tonton video luahannya.
Khairul Nizam... Berstatus OKU dengan kecacatan ketidakupayaan fizikal, berjiwa besar dan bersemangat kental demi mencapai impian. Kagum dan amat menyentuh hati bila Mia tonton video luahannya.
Luahan di Facebook beliau sangat terkesan.
Di usia 30 tahun dengan keadaan cacat. Aku bersyukur dgn kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu beli apa aku nak. Mampu makan yang mewah. Mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
Bukan nak riak tapi aku tahu ramai sebenarnya org di luar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit macam aku, nk bahagiakan family mereka mcm aku tapi adakah mereka sekuat aku?
Lihatlah aku.
Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku. Makan perlu disuap. Mandi perlu diuruskan. Duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun! Ada ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus, lapar, penat, tak ada orang di sisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain.
Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bile ada cabaran!
Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan. Senyuman ramai orang-orang di sekeliling aku.
Kini aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.
Dan semua value yg ada dalam diri aku. Akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya !
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling. Anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi. Kite je mampu ubah diri kita!!
Perasaan Mia? Mia sangat-sangat tersentuh dengan luahan hati beliau di facebook ini. Bak kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sebenarnya tiada alasan untuk tidak berusaha. Bayangkan Khairul Nizam yang seperti ini mampu membina empayar JamuMall yang begitu membanggakan. Apa yang boleh Mia simpulkan di sini, sesiapa saja boleh berjaya jika ada keyakinan tinggi tanpa mengira fizikal diri, sanggup hadapi risiko dan berusaha menempuhi halangan. Walaupun pernah gagal, tetapi boleh bangkit kembali dengan semangat yang waja. Tabik betul Mia pada Khairul Nizam. Macam-macam jenis perasaan Mia rasa sekarang. Teruja. Kagum. Tersentuh. Terinspirasi. Rasa kuat. Rasa tabah. Rasa lebih yakin. Rasa bersyukur. Rasa simpati. Kehidupan harus diteruskan tidak kira ketika susah atau senang. Kena hadapi dan syukur selalu. Alhamdulillah....
Nak kenal dengan lebih dekat lagi?
Jom follow media sosial Khairul Nizam
Facebook Page : https://www.facebook.com/Jamumallcom
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul
Website : https://jamumall.com
** hebatnya....
7 Comments
Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?
ReplyDeleteSangat terharu membaca kisah ini. Kuatnya beliau mengharungi kehidupan dengan hanya 3jari yang berfungsi dan 1 akal.
ReplyDeleteBeliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha
ReplyDeleteBeing physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
ReplyDeleteTerharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.
ReplyDeleteKagum dengan semangat beliau yang tinggi. Insan hebat!!
ReplyDeleteSubhanAllah! Sangat menginspirasikan!
ReplyDelete